Jumaat, 25 Mac 2011

DUNIA MISTERI...Kisah Lintasan Aneh...

Sejak di bangku sekolah rendah...saya pernah men-
galami beberapa pengalaman perasaan yang aneh...

Ketika pada darjah tiga...saya mengalami lintasan
-lintasan aneh dalam hati yang mengatakan bahawa
Tuhan sebenarnya tak ujud...

Lintasan-lintasan aneh itu biasanya akan terasa se-
baik sahaja saya keluar dari pintu rumah untuk ke-
sekolah agama.

Ia berlangsung selama beberapa bulan...dan kadang-
kadang saya akan berfikir mengenai kebenarannya...
kemudian sedar tak sedar...lintasan perasaan itu
hilang begitu sahaja...

Kemudian pada tahun-tahun berikutnya...timbul pula
lintasan-lintasan perasaan aneh lain...iaitu saya
kadang-kadang terfikir...bagaimana kalau saya men-
ukar agama dari Islam ke agama x...

Ia adalah lintasan-lintasan pada perasaan tanpa se-
barang sebab atau alasan...dan kali ini ia berlang-
sung selama bertahun-tahun...

Sekadar lintasan perasaan itu menjadi serius apabila
saya berkenalan dengan seorang gadis dari aliran x...

Mungkin kerana ia faham saya bersungguh-sungguh...
tiba-tiba gadis itu memberitahu...keluarganya tak
ada sebarang masalah...dengan syarat saya mesti me-
nukar agama mengikutnya...

Dari 'kecendurangan' sedia ada...ditambah pula de-
ngan 'hasrat murni' pada gadis tersebut...saya mula
mengkaji pegangan aliran x...dan saya merasakan se-
benarnya ia lebih kepada 'cubaan menerima'...

Tuhan mempermudahkan saya dengan mendapat beberapa
kitab pro dan kontra mengenainya dari sumber yang
tak disangka-sangka...dan sebaliknya apa yang saya
dapati adalah keyakinan yang semakin kuat pada pe-
gangan sedia ada...

Maka saya mengambil keputusan untuk bertemu dengan
keluarganya...ia ada ibu bapa..nenek dan adik-adik.

Sebuah keluarga yang baik...dengan layanan dan pen-
erimaan yang baik...dan sebenarnya sangat terbuka...

Setelah tiga atau empat kali berziarah ke sana...ibu
bapanya sebaliknya menggalakkan anak mereka itu men-
gikut saya...

Namun didikan mereka sejak kecilnya...ternyata men-
jadi halangan...gadis itu tetap dengan pegangan asal-
nya...

Setelah mempertimbangkan beberapa perkara...akhir-
nya kami mengambil keputusan bersama...hubungan kami
telah sampai ke penghujungnya...sebagai menghormati
keyakinan masing-masing...

Rahsia Lintasan Aneh...

Keluarga-keluarga tua..asalnya tak menganut sebar-
ang agama...dan ramai antaranya yang menyimpan se-
jenis tangkal yang dipanggil 'kemburongoh' pada
bahasa tempatan...

Ia merupakan 'serumpun' tangkal yang diikat dengan
berbagai bahan seperti keping besi duit lama...ta-
ring...kuku...paruh...potongan akar-akar kayu...batu
dan sebagainya...

Ia bererti..anda bersahabat dengan segolongan jin
(berpuluh atau beratus ekor) yang juga tak menganut
sebarang agama...

Ia boleh digunakan untuk menilik...perubatan serta
'pendinding' daripada gangguan jin lain...malah ber-
hubung dengan roh orang-orang mati...( semuanya itu
hanyalah sekadar permainan jin ).

Apabila keluarga-keluarga tua ini memeluk Islam...
mereka membuang tangkal itu begitu sahaja...tapi
'isinya' tak semudah itu dibuang...sebaliknya
banyak yang menjadi jin saka keturunan walau tak di-
kenal atau dipedulikan lagi...

Apabila ada antara jin ini mendampingi seseorang se-
cara rapat dan penuh 'kasih sayang'...maka antara
kesannya...seseorang itu memiliki 'kecenderungan'
hidup tak bertuhan...atau tak mempercayai keujudan
Tuhan sebagai kesan dari hasutan serta angin bisa
jin pendamping ini...

Di satu kawasan paya pula menjadi tempat pembuangan
jin dari seorang perawat yang beragama x...dan jin
buangannya juga beragama x sebagaimana tuan mereka.

Apabila jin buangan ini membiak dan bertambah banyak
dan ada antaranya yang mendampingi seseorang manusia
...maka dengan sendirinya seseorang itu akan memiliki
kecenderungan kepada agama x...

Itulah sebabnya...lintasan perasaan atau kecenderun-
gan itu tak ada sebarang alasan atau hujah...iaitu
kerana ia lebih kepada lintasan dari bisikan jin atau
kerana kita dapat 'merasai' perasaannya...

Secara mudah...apabila jin dari agama y mendampingi
anda...maka antara kesannya..anda mungkin cenderung
pada agama y...tanpa alasan dan hujah...

Bukan itu sahaja...malah apabila anda didampingi jin
Islam...maka anda mungkin akan merasai suatu kecende-
rungan beragama...tapi faham-faham sajala...kerana
biasanya jin pendamping ini adalah jin Munafik atau
jin kafir yang rata-ratanya pakar psikologi serta ti-
nggi ilmu agamanya...

Maka pasti akan ada-ada sahaja bendanya yang tak kena
contohnya suka mengasingkan diri...wirid memanjang
tapi tak solat...berjaga siang malam...lupa makan...
tak peduli orang dan sebagainya...

Saya pernah menghadapi seorang rakan yang dirasuk jin
tenaga dalam...

Saya katakan ia jin Islam...kerana pada sepanjang masa
itu ia berzikir mempertahankan diri...

Tapi kemudiannya ternayata...jin itu ada dua agama se-
kaligus...iaitu ia beragama Islam dan x...

wallohu a'lam

2 ulasan:

  1. slm tuan, ini bahaya ni melibatkan akidah. sesiapa yang ada tangkalke,keris lama ke, parang ke dan sebagainya gilah buang semua benda ngarut tu.

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam Kilat...

    Sangat ditakuti..apabila kita dalam kea-
    daan yakin atau bergantung harap kepada
    apa juga tangkal atau benda-bendanya...
    tiba-tiba malaikat Maut menjemput...
    akan menyebabkan tercabutnya iman...

    Saya juga berharap rakan-rakan di mana-
    mana juga agar berhati-hati jika nak mem-
    beli atau menyimpan berbagai jenis barang
    antik walau sekadar sebagai hobi...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam