Ahad, 14 Mac 2010

MENGENAL GANGGUAN...9 Tanda Dipukul Jin...

Iaitu anda diserang jin dengan pukulan tangannya
atau dengan senjata tumpulnya...dan sebagainya...

Maka ia ada 9 tanda...

1.Sakit itu timbul tiba-tiba...

Iaitu sakit itu timbul tiba-tiba tanpa sebab...anda
tak ada kemalangan atau dipukul sesiapa...

...dan biasanya ia bermula dengan sakit sedikit
kemudian perlahan-lahan bertambah kuat...

2.Biasanya sakit itu di bahagian belakang...

Kerana...biasanya ia pukulan atau serang curi....
maka bahagian belakang menjadi sasaran utama...

Cuma masih tak mustahil pula pada bahagian lain
pada tubuh badan...anggota atau kepala...

...terutamanya kalau serangan itu datang semasa
anda sedang tidur...atau serangan dari sebelah atas.

3.Tempat sakit terasa panas...

Biasanya tempat sakit itu terasa panas kerana ia
di dalamnya ada angin berbisa jin...

4.Sakitnya berdenyut-denyut...

Mula-mula sedikit...' lama-lama jadi bukit '...kadang-
kadang sakitnya sampai tak boleh bangun...

5.Badan rasa lemah atau lemas...

Bila sakit itu mula terasa...biasanya badan akan mula
rasa lemah...lemas...berat dan sebagainya...

6.Demam...

Badan rasa demam panas campur sejuk...tandanya
bisa mula meresap satu badan...

7.Sendi-sendi sakit...

Kalau bisa dari pukulan tadi cukup kuat...
anda mungkin merasa bisa-bisa sakit berdenyut juga
pada semua sendi-sendi...

8.Bekas pukulan...?

Kadang-kadang tak ada sebarang kesan bekas pukul-
an pada kulit...

Tapi kadang-kadang pula...ada....ia boleh jadi lebam
biru...atau kehitam-hitaman...

Iaitu bergantung kepada ' teknik 'serangan jin juga
kekuatannya serta kepandaiannya...

9.Pihak Hospital...

Tidak dapat mengesan punca sakit dan biasanya ubat-
ubat Hospital kurang...atau tidak berkesan...

Wallohu a'lam.

Nota :

1.Serangan curi biasanya ' boleh didapati ' di kawasan-
kawasan penempatan jin seperti dalam kawasan hutan
tapi ia boleh jadi juga berlaku di bangunan-bangunan
kosong...dan di mana-mana saja.

2.Bukan semua ' jin berani ' itu berani...kadang-kadang
beraninya setakat berani serang dari belakang.

3.Serangan curi pula...samada ' ia ' menyerang sendiri
atau menggunakan alat serang dari jarak jauh.








6.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan