Isnin, 15 Mac 2010

TANDA BESAR ADA SAKA...Pening Kepala...

Iaitu pening yang sering datang...samada pada
masa-masa tertentu...atau datang tak tentu
masa...tanpa sebab yang munasabah.

Pada peringkat awal...biasanya cuma pening
kepala...tapi pada jangka masa panjang...
kemungkinan besar pening dan sakit kepala.

Biasanya orang yang ada saka itu...terutama-
nya jika saka keturunan...
masalah pening itu akan bermula sejak zaman
kanak-kanak lagi...dan mungkin akan mempe-
ngaruhi alam persekolahannya...

...seperti selalu pening semasa nak ke sekolah
atau semasa belajar dalam kelas...

Dan kalau pengaruh gangguan kuat...malah
mungkin seseorang kanak-kanak itu tak san-
ggup...atau tak larat ke sekolah agama kerana
rasa letih tanpa sebab yang jelas...

Tapi kalau tak ke sekolah agama...pada masa
itu ia merasa segar pula...kerana jin itu takut
pada Ustaz...Ustazah juga pelajaran terutama-
nya membaca Qur'an...

Dan jika pada tahap gangguan yang lebih kuat
akan ada gejala pitam tiba-tiba tanpa sebarang
sebab yang munasabah...

Seseorang itu biasanya turut akan mengalami
gejala seperti selalu mimpi aneh atau mimpi
buruk...nampak jelmaan jin samada semasa
keadaan sedar...
ketika akan terlelap atau dalam mimpi...dan
sebagainya...

Manakala kalau sakanya datang pada pertenga-
han umur...terutamanya untuk wanita ketika ia
sudah berumah tangga...
maka ia mulai rasa pening...dan sakit kepala...
dan mungkin rumahtangganya akan goyah atau
musnah akibat gangguan jin saka...

Kalau anda ada saka ...dan anda lemah semangat...
bercerita ' hantu ' dengan rakan-rakan saja pun
boleh buat anda pening dan sakit kepala....

Dan paling ketara...kalau anda berbual dengan se-
seorang yang ada gangguan jin...tidak kira apa pun
bentuk gangguannya...atau sekedar berbual melalui
talipon saja pun...anda mungkin rasa pening atau
sakit kepala...

Biasanya...gangguan pada bahagian kepala akan se-
rentak dengan gangguan bahagian dada...
( sila pereksa ke tajuk...gejala gangguan pada bahagian
kepala dan dada...rohani dan jasmani...).

Dan nak ditambahkan sedikit di sini...kalau ubun-ubun
jadi tempat keluar masuk jin ke dalam kepala...atau ia
terus ke dada...maka rambut anda akan gugur dengan
banyaknya tanpa sebarang sebab yang munasabah...

Wallohu a'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan