Iaitu tanda-tanda besar seseorang itu ada saka melalui
perkara yang berkaitan dengan solat...
1.Anda sangat benci pada solat tanpa sebab yang mu-
nasabah...
Anda sendiri tak tahu apa sebabnya...yang anda tahu...
anda benci...itu saja.
2.kadang-kadang halangan daripada mengerjakan solat
itu sudah bermula beberapa detik sahaja sebelum anda
mendengar azan...
Iaitu...
a.Tiba-tiba anda merasa resah gelisah tanpa sebab...
b...atau kalau gangguan lebih kuat...anda merasa cemas
atau takut tanpa sebab yang munasabah...
c...atau kalau gangguan lebih kuat lagi...anda mula rasa
pening tanpa sebab yang munasabah...
Kemudian barulah anda mendengar suara Azan...dan
perkara ini sentiasa terjadi berulang-ulang.
Asal saja anda resah gelisah...maka anda dah tahu...
anda akan mendengar suara Azan...
3.Masuk saja waktu solat...tiba-tiba saja anda dapat idea
macam-macam perkara yang nak anda buat...sedangkan
kalau sebelumnya...tak pula terfikir apa-apa...
kadang-kadang sibuknya sampai lupa atau kehabisan wa-
ktu solat...baru anda rasa menyesal...
Iaitu asal saja masuk waktu...ada-ada saja alasan anda nak
bertangguh-tangguh solat...dan keadaan itu sentiasa ber-
terusan.
4.Asal saja masuk waktu solat...terutama kalau hati anda
tergerak nak mengerjakan solat...
tiba-tiba badan rasa lemah...berat...lemas...letih dan sebagai
nya...
5.Dan kalau gangguan lebih kuat...anda mungkin tertidur.
Ia samalah seperti ada seseorang yang rutinnya...asal saja
menjelang waktu zuhur di hari Jumaat...maka ia mula rasa
sangat letih dan mengantuk...dan tertidur.
Bila saja Solat Jumaat selesai di masjid...tiba-tiba ia terjaga
dan segar semula...
6.Kalau gangguan lebih kuat...asal saja masuk waktu solat...
anda mendengar bermacam-macam suara bisikan memujuk
agar anda tak payah mengerjakan solat...
7.Atau kalau gangguan lebih kuat...anda marasa badan sangat
berat ketika nak pergi mengambil wuduk...
GANGGUAN SEMASA SOLAT.
1.Badan rasa berat dan letih tanpa sebab...maka anda menge-
rjakan solat dengan penuh rasa letih...dan mencabar...
2.Fikiran asyik melayang ke sana sini...hinggakan ada masanya
anda lupa yang anda sedang solat...
3.kalau gangguan lebih kuat...anda rasa sangat mengantuk...dan
banyak menguap yang tak dapat ditahan-tahan...
4.Atau kalau gangguan lebih kuat...anda mungkin tertidur semasa
solat atau sebaik-baik saja selesai solat...
5.Kalau jin saka jenis 'samseng'...asal saja anda solat...ada-ada saja
yang berlaku seperti benda-benda jatuh...anak-anak bergaduh
atau juga terjatuh...tiba-tiba ada angin 'asing' datang...
dan kalau gangguan lebih kuat mungkin ada bunyi mengetuk atau
perabot bergerak... dan sebagainya...
6.Anda nampak lintasan-lintasan bayang melalui pandangan anak
mata...mungkin bayang hitam...putih...dan sebagainya...
7.kalau gangguan lebih kuat...semasa solat itu anda nampak lemb-
aga-lembaga ganjil...mungkin atas sejadah...di hadapan...di tepi
dan sebagainya...
8.Asal saja anda solat...anda selalu terhidu suatu bauan yang se-
patutnya tidak ada...seperti bau kapur barus...bau limau...bau
hamis dan sebagainya...
9.Semasa solat...anda mendengar bisikan-bisikan aneh...
10.Atau anda mungkin sangat terasa seperti ada sesuatu atau
seseorang yang tak kelihatan di belakang...atau sisi anda...
11.Asal saja anda mengerjakan solat...anda rasa panas badan..
atau jatuh sakit dan sebagainya...
12. Atau asal saja anda solat...anda akan mula bermimpi buruk
atau aneh...
Dan sebagainya...
Wallohu a'lam.
Kalau tanda tanda kena sihir sama x dengan tanda tanda ada saka?
BalasPadamazlinar...
BalasPadamSamada sihir atau saka...kedua-duanya adalah dari sebab gangguan jin...maka banyak persamaannya.
Namun pada beberapa perkara...ada sedikit perbezaan...contohnya seperti asal usul jin...bentuk gangguan...pilihan sasaran gangguan...tujuannya...dan sebagainya.
Insya Allah...saya akan menyatakan bezanya dalam tajuk yang lebih khusus...
Wallohu a'lam
Thank u. I slalu letih, pening, ngantuk & tangan badan menggeletar. Tanda tanda macam hyperthyroidism.. Selalu ada masalah kat keja atau rumah.
BalasPadamTapi doctor x jumpe dlm darah I. Boleh tolong nasihatkan, apa perlu I buat sekarang?
azlinar...kalau ada perubatan Hospital boleh anda teruskan...tapi anda sebaik-baiknya minta juga rawatan daripada perawat-perawat rohani guna Doa dan ayat Qur'an bagi rawatan dari sebab gangguan jin.
BalasPadamPantangkan mendengar muzik selain muzik yang mengingatkan kepada Allah...serta perhatikan sekiranya sebarang jenis makanan akan memberi kesan gangguan yang lebih kuat terutamanya daging binatang empat kaki...pisang...telur ayam...kalau gangguan bertambah...pantangkan sementara.
Amalkan amalan-amalan pendinding diri seperti
amalan Ayat Kursi 11 kali...amalan dari Asar ke Asar...4 Qul pagi petang dan sebagainya yang termampu.
Juga pastikan azlinar selalu ada wuduk...hindari sebarang tangkal...patung atau benda bernyawa dalam rumah...serta selalu berzikir dalam hati bila-bila masa juga sekurang-kurangnya Allah...Allah.
Selalu amalkan membaca Ayat kursi sekali-sekali sewaktu akan tidur...ketika bangun tidur...ketika akan keluar rumah...ketika akan masuk ke tempat kerja...ketika keluar untuk pulang...sebelum masuk rumah...dan ketika masuk rumah langkahkan kaki kanan...baca suroh Al Ikhlas 3 kali...dan yang sangat penting juga baca Ayat Kursi setiap kali lepas solat ( jaga solat wajib )
dan kalau boleh amalkan Sunat tahajud...dan sebagainya mengikut kesempatan dan kemampuan.
Elakkan juga duduk melamun atau berkhayal...percakapan yang sia-sia...banyak ketawa atau bergurau...serta tidur dalam gelap...dan jangan suka memperturutkan perasaan terutama perasaan marah.
Wallohu a'lam
saya selalu apabila tinggal solat lama2, dan mula hendak start solat, akan rasa nafas semput dan rasa hendak jatuh/tumbang, rasa tidak yakin untuk berdiri lama2, padahal berapa minit jer utk berdiri dalam solat, dan apabila rukuk akan rasa sesak nafas. tapi apabila bersabar, akan ada kemanisan solat selepas itu. wallahua'lam
BalasPadamSaudara Zacker...
BalasPadamSecara umum...kalaulah seseorang itu mengalami
gejala gangguan...dan kebetulan sama seperti
yang saudara alami maka ia bererti...
1.sepanjang masa ia tak solat itu...ada benda
halus cuba meresapkan angin bisanya dalam
badan orang berkenaan...terutamanya bahagian
kepala dan dada...kerana itu tindakabalasnya
sedemikian...
2.Dengan keberkatan solat itu...Insya Allah
banyak angin bisanya menjadi tawar...
3.Kemanisan itu boleh jadi kesan amalan pada
roh...seperti orang yang sangat haus..diberi minum...
...dan boleh jadi juga...sebelum itu seseorang
mengalami gangguan angin bisa pada dada dan
kepalanya...dan kelapangan menunjukkan seseorang itu terlepas dari cengkamannya...
4.Apabila ia berhenti solat...gangguan itu akan
cuba menguasainya semula...
Untuk saudara Zacker...kalau berkesempatan...
sebaiknya minta scan di tempat berdekatan...
atau boleh uji sendiri dengan mana-mana amalan pendinding atau ayat-ayat Qur'an...
Dan yang lebih penting...sentiasa menjaga
amalan terutamanya solat...
Wallohu a'lam
salam, saya selalu letih badan, lesu, x gembira, belakang
BalasPadam& perut byk sgt angin gerak2...stiap mlm badan saya panas cam bahang api..tapi bila rasa kat kulit x panas pn...kepala pn sakit denyut2 dan pening...dada plak debar x tentu pasal...adakan ni tanda saka??
Wa alaikum salam floralfiza...
BalasPadamDaripada tanda-tanda yang diberi...sangat
besar kemungkinannya ia adalah saka...dan
ada 'benda' tinggal dalam badan...
Sebaiknya minta 'scan' dan rawatan...sambil
tu sebaiknya juga amal pendinding diri ya..
Wallohu a'lam
salam...
BalasPadamsekadar ingin berkongsi. Sudah sekian lama saya mengalami pengalaman aneh semenjak sebelum saya berumahtangga. Setiap kai beramal dengan ayat2 al-quran ada angin kuat datang entah dari mana padahal semua tingkap pintu tutup. Pintu bilik mandi atau tandas akan bergoyang dengan kuat seolah angin tiup. Dan adakala selalu kedengaran sesuatu bertenggek diatas tv. Tanda2 pada badan sesuatu bergerak2 atas kulit, jantung selalu berdeba22 nak marah, x suke bergaul, makan lah banyk mana pun badan tetap kurus adakala lapar yang teramat sgt, rasa aingin bisa dalam perut...
Wa alaikum salam Vector Maker...
BalasPadamTerima kasih atas perkongsiannya...nampak
aneh tapi begitulah kenyataannya...
Gangguan itu kadang-kadang dalam bentuk
atau keadaan yang tak pernah terlintas
dalam fikiran kita...
Wallohu a'lam
Wa alaikum salam zha...
BalasPadamHati zha tertanya-tanya akan keanehan ini...rasa berat bila disuruh atau nak solat
iaitu hati zha telah mengesan gangguan...
Ia samada jin duduk bertenggek atau berdiri dibelakang dan menekan badan kita
menyebabkan rasa berat...nampaknya jin itu 'suruh' atau nak paksa zha derhaka
pada ibu...juga menghalang zha daripada melakukan ketaatan pada Tuhan.
...tapi kalau sentiasa rasa letih berat walau bukan masa disuruh atau nak solat
maka kemungkinannya dalam masa yang sama ada penempatan jin pada ba-
hagian belikat ( 'tulang sayap' belakang bahu ).
Sebaiknya minta 'scan' untuk lebih kepastian...namun untuk tindakan awal...
zha jadikan air doa jadi minuman dan mandian harian...serta amal pendinding
...pagar bilik dengan air doa...pantangkan atau kurangkanmakan telur ayam
dan buah pisang serta daging binatang berkaki 4.
SENARAI AMALAN PENDINDING catitan 26.09.2010...dan 3 Qul Dan petua
BalasPadampernafasan catitan mac 2011...silalah zha rujuk pada dua tajuk di atas
ya.
Sekurang-kurangnya Zha mesti amal Ayat Kursi serta 3 Qul Pernafasan...dan boleh buat air sendiri dengan baca pada muncung botol mineral biar nafas sampai pada
air ketika membacanya iaitu Fatihah 3 atau 7 kali...Ayat Kursi 11 kali...dan 3 Qul
tiga-tiga kali.
Buat pada bekas yang lebih besar supaya dapat digunakan untuk beberapa
hari sebelum habis dan buat baru.
Kalau nak jimat...air tak guna mandi tapi tuang pada tapak tangan dan sapu
seluruh badan dari atas kepala...ke hujung jari kaki...Insha Allah zha ya...
Boleh juga kalau ada ustaz...perawat yang diyakini atau air yasin...tapi lebih
baik dalam pada itu zha buat juga air doa sendiri...
Wallohu a'lam
Ianya berlaku pada saya, setiap hari ke mana saja saya pergi akan berbau limau , kdg2 nampak lintasan orang
BalasPadamIanya berlaku pada saya, setiap hari ke mana saja saya pergi akan berbau limau , kdg2 nampak lintasan orang
BalasPadamAs salam sakura...
BalasPadamSecara teorinya...ianya bau dari sebab gangguan jin atau
mungkin saja jinnya bau limau...lintasan itu adalah jin
kerap melihat baiasnya tanda di ekori oleh jin tersebut.
Wallohu a'lam
assalammualaikum ustaz
Padambauan limau masih lagi ada dengan saya, saya sudah berubat dgn beberapa org, mereka mengatakan benda tersebut islam dan datang dari masjid, dia cuma nak berkawan, ada pengamal perubatan tak nak buang katannya tak perlu, ada yang cuba buang tapi bauannya tetap ada.
Wa alaikum salam waktu bunga sakura..
PadamJangan biarkan jin ikut atau cuba berkawan mendampingi kita..cari pelawat dan minta ianya dibuang sehingga bau itu hilang,
Jin ini akalnya pendek tapi pengaruh nafsunya besar dan bila bila masa hatinya boleh bertukar dan cuba menzalimi kita,.atau keluarga kita,
Sila rujuk blog dari ufuk timur....dan amal fatihah serta 3 quo pernafasan.Niat kan juga kalau ada jin ikut satu cuba mendampingi musnah ia dengan izin Allah,
Buat juga air doa guna minum dan campu minum dan jam di harian.
Wallahu a lam
salam...
BalasPadambaru2 ni selepas bberapa hari demam, saya kerap terhidu aroma busuk setiap pagi diantara jam9-10pagi..
kemudian bauan busuk tersebut datang waktu tengahari dan malam secara tiba2..
apabila saya memasang ayat2 manzil melalui handphone, bau tersebut beransur2 hilang..
Yang menghairaikan, pada hari pertama saya demam, timbul semacam bberapa bulatan kudis pada lengan kiri saya..
saya juga mengalami rasa mengantuk sewaktu memandu atau berjalan2 pada waktu asar..
apa pandangan tuan tentang situasi saya..
terima kasih
Slm ustaz sy nk tya knp bdn sy rasa berat n melayang2 hmpir setiap hari. Bila bekerja atau nk solat mst jadi melayang2 mcm nk tumbng. Klu nk solat pon sy tak boleh berdiri lama n tak boleh ada orang lain contohnya bila dalam surau di tempat kerja. Hal ini amat menyukarkn sya untuk solat dgn kusyuk.bila sy sendiri untuk solat boleh tahan lagi.sesungguhnya sy buntu dgn perkara ini sbb sy inginkn solat yg sempurna ttp bnyk halangn
BalasPadamWa alaikum salam wbkthJessy...
BalasPadam1.Rasa berat boleh jadi dari sebab ada angin jin dalam badan
atau ada jin tumpang dalam badan...atau ada jin tunggang
atas badan.
Rasa melayang-layang itu samada ada angin bisa jin dalam
bahagian otak yang mengawal keseimbangan badan atau ada
rawan( semangat atau sebahagian roh kita berada diluar
badan...dan ianya sedang terapung-apung atau melayang-
layang...iaitu ada gangguan rawan )
2.Solat tak boleh ada orang lain tandanya jin yang meng-
ganggu tak suka ada orang lain dan mahu bersendirian
bersama Jessy sahaja.
3.GEjala gangguan di atas seperti gejala saka...dan biasanya
jin saka atau apa juga jin akan cuba halang solat atau
halang khyusuk solat...antaranya agar kita rasa putus asa
dan tinggalkan solat.
Solat dalam keadaan Jessy adalah solat sambil perang jihad
pada jin kafir yang mengganggu..Insha Allah setiap bahagian
ada janji syurga( pahala) yang tersendiri dan tak ada pada
orang yang solat tanpa halangan jin.
Perjuangan ini adalah sampai akhir hayat kita...dan mudah-
mudahan di alam sana Allah mengurniakan kepada kita kedudukan
hamba yang ikhlas dan sebaik-baik solat seperti yang kita
cita-citakan.
Namun sebagai mensyukuri kehidupan yang Tuhan kurniakan
BalasPadamkepada kita ini...pada keadaan Jessy...perlukan rawatan
dan tak boleh biarkan begitu saja kerana tanpa halangan
jin akan cuba menguasai kita sedapat mana juga.
Silalah lihat blog nampak hati Jessy mengenai amalan
Fatihah pernafasan...3 Qul Pernafasan...cara buat
air doa sendiri dan mengenai kata pemutus di samping
kalau mampu amal Ayat Manzil serta sekali sekala minta
rawat pada perawat yang diyakini..Insha Allah Jessy ya.
Wallohu a'lam
salam ustaz. saya seorang muallaf baru memeluk islam selama 5 bulan. sebelum ini semasa solat saya merasa sangat tenang tanpa sebarang gangguan tetapi sejak akhir2 ini apabila solat saya tidak dapat fokus sepenuhnya,seluruh badan terasa panas, sesak nafas,penat, jantung bedegup kencang dan kadang2 fikiran melayang. ini bermula apabila saya terlihat bayangan lembaga hitam semasa mengambil wuduk. semenjak itu saya hilang fokus semasa solat.saya betul2 inginkan solat yang sempurna. adakah ini gangguan jin atau saka?
BalasPadamWa alaikum salam wbkth sf...
BalasPadam1. Semua gejala semasa solat itu tandanya gangguan dan
ada jin dalam badan.
Biasanya di atas itu adalah gejala jin yang sudah lama
tinggal dalam badan hanya mungkin perisainya baru pecah
setelah lima bulan jaga amalan solat.
Biasanya jin cuba akan diam menyembunyi diri dalam badan
tapi kalau sudah timbul gejala di atas seperti ia kelihatan
seperti bayangan lembaga hitam kemudian rasa panas iaitu
ada angin bisa agak padat dalam badan...angin bisa dalam
jantung maka degupan kencang dan sesak nafas...penat...
juga angin bisa pada bahagian otak maka fikiran melayang.
Semua gejala di atas menunjukkan gangguan atau jin itu
semakin lemah...cuma untuk menangani gangguan itu sebaik-
nya minta rawat pada yang pakar di samping ada amalan
pendinding sendiri secara berterusan
Seperkara ya...kalau kita solat tenang maka pahalanya
lebih pada solat semata-mata...tapi kalau solat banyak
gangguan seperti di atas...maka kita juga dapat pahala
daripada jihad melawan gangguan jin kafir dan menanggung
segala kepayahan diri maka Insha Allah pahalanya ber-
tambah berlipat kali ganda.
Gangguan di atas boleh jadi dari jin baru datang...tapi
biasanya semua gejala di atas adalah tanda jin sudah lama
duduk bersembunyi dalam badan atau saka.
saka boleh kita dapat dari kalangan keluarga tua...atau
dari orang lain yang tak ada kena mengena darah daging
dengan kita tapi jin itu suka pada kita...atau malah jin
ilmu buangan sepeti ilmu hitam atau jin-jin tangkal
dan sebagainya.
Wallohu a'lam
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAssalamualaikum ustaz..saya seorang surirumah, saya mula mendapat gangguan pelik sejak saya mula bertunang dengan suami saya. Sbelum bertunang saya sudah memasang niat untuk tidak tinggal sembahyang dan saya dapat lakukannya. Tapi setelah saya bertunang saya menjadi murung tanpa sebab, tidak bersemangat untuk melakukan apa2 termasuk menguruskan diri sendiri walaupun hati saya ingin melakukan.saya sering merasa takut tanpa sebab dan selalu ditindih ketika tidur. Saya mula mengasingkan diri dan tidak bergaul dengan sesiapa termasuk tunang saya sendiri. Hal ini berlanjutan hingga saya berkahwin. Prestasi kerja saya juga merosot menyebabkan saya mengambil keputusan untuk berhenti bekerja kerana terlalu tertekan dan bingung.
BalasPadamAssalam Ustaz,
BalasPadamSejak kebelakangan saya mengalami sesak nafas, batuk umpamanya pesakit asma. Nafas pendik sesak, batuk berterusan. Tapi ini hanya berlaku bermula dari saya mengaji Al qur'an, solat suboh dan solat solat yang lain. Batuk kadangkala sampai muntah. Rasa ada sesuatu di tekak asyik nak berdehem dan sesak nafas sangat ketara. Bantu saya ustaz.
Salam..terima kasij
assalammualaikum ustaz.Knp ye bila sy solat je sy rasa mcm diganggu,Letih,Pans sngt,Kadang2 jantung berdegup laju.kadang2 tu sy rasa sampai tknk solat,kadang2 juga sy buat2 terlupa nk solat.Sy jd nk marah je leps solat.
BalasPadamWa alaikum Salam wbkth.tanda jin menumpang dalam jantung juga badan.Gangguan sudah lama dan sebati.jelas jin itu cuba halang solat. OhWallohu a lam
BalasPadamAssalamualaikum ustaz,,kenapa sya tiap3 hari time manghrib mengntuk.menguap smpai kluar air mata,,badan jadi letih,,mata asyik nk pejam je,,masa solat mghrib je terjadi
BalasPadam