Iaitu seseorang yang akan atau sedang dirawat
tiba-tiba merasa sedih dan sayu...
Dan kadang-kadang ia merasa sangat sedih...
sehingga teresak-esak...atau ada juga yang me-
raung...sedangkan ia sendiri tak tahu sebabnya...
Biasanya yang merasa sedih sayu itu adalah jin
yang mendampinginya...atau malah mungkin
yang sudah tinggal lama dalam badannya.
Sedihnya itu kerana ia tak sanggup...dan tak
mahu berpisah dari manusia yang didampingi-
nya...
Oleh kerana bisa jin itu ada dalam dada orang
tadi...atau jin itu sendiri ada dalam badannya...
maka ia dapat merasakan apa saja yang jin
itu rasa...(...rasukan perasaan...).
Dari segi lain...kalau jin itu merasa sedih sayu
maka ia menunjukkan bahawa rawatan itu ber-
potensi memisahkan ia dari manusia yang di-
dampinginya...samada dalam jangka masa
pendek atau dalam jangka masa panjang...
BIASANYA...gejala sedih sayu ini menunjuk-
kan bahawa jin itu adalah jin saka...
Wallohu a'lam.
terjadi pada isteri saya ketika di rawat, sedih dan menangis.
BalasPadamsaudara musafir...
BalasPadamIa menunjukkan ada gangguan pada fikiran dan perasaannya...dan sangat mempengaruhi cara pergaulannya terutamanya dalam rumahtangga...
wallohu a'lam.
I selalu bersedih & panas baran x bersebab
BalasPadamalinar...anda boleh merujuk kepada tajuk-tajuk SASARAN UTAMA:DADA...12 GEJALA ROHANI dan tajuk SASARAN UTAMA:KEPALA...6 GEJALA ROHANI ( catitan Julai 2009 ) juga tajuk PERUBATAN HOSPITAL SANGAT PENTING dan BLOG INI UNTUK APA? ( catitan September 2009 ) serta tajuk GANGGUAN JIN...MARAH ( 8 Tanda ) dan SAKA...ASAL USUL DAN 11 AKIBAT ( catitan Oktober 2009 ).Semoga azlinar akan dapat sedikit info tambahan...
BalasPadamWallohu a'lam.
Assalamualaikum saudara,
BalasPadamSaya pernah dirawat oleh seorang ustaz bagi gangguan yang ada di dalam badan saya. Semasa perawatan, gejala-gejala di atas terjadi kepada saya tetapi kemudian alhamdulillah, sesi rawatan berjalan dengan lancar.
Tetapi, kini selepas 2 tahun pengubatan, saya mula perasan bahawa saya ada mengalami semula tanda-tanda seperti semasa awal saya diganggu dahulu seperti ;
1. Rasa sentiasa diperhatikan apabila berseorangan
2. Mimpi berada dalam bangunan usang
3. Mimpi dikejar makhluk
4. Mimpi bayi datang ke arah saya
5. Terdengar seperti ada suara-suara halus berbisik
6. Saya menghidap satu penyakit kulit yang dikatakan oleh pihak hospital berpunca drpd keturunan, sedangkan tiada seorang pun dlm keluarga saya yang menghidapi penyakit tersebut. Untuk makluman saudara, selepas semasa pengubatan, penyakit saya alhamdulillah turut sama berkurang sebanyak lebih 80% tetapi kini, bersama gejala-gejala yang saya sebutkan di atas, penyakit kulit saya juga turut timbul semula.
Bagi pengetahuan saudara, gangguan yang diterima saya adalah jin lawan jantina yang jatuh cinta kepada saya semenjak saya berusia 5 tahun. Jin tersebut mula berdamping bersama saya selama itu dan sebelum dikeluarkan, dia mengaku telah masuk Islam dan turut memberi kepada perawat nama sebelum dan selepas Islam.
Saya turut mengalami gejala lain di mana saya susah untuk mendapatkan pasangan selain apabila tiba pasangan yang sesuai, saya akan terus merasa tak selesa malahan ada ketikanya semacam benci kepada pasangan. Sehingga kini.
Saya juga masih mengamal manzil selain bacaan ayatul kursi sehingga kini.
Boleh saudara berikan penjelasan kenapa setelah semua usaha ini dilakukan, perkara ini masih berulang?
Wa alaikum salam wbkth...
BalasPadam1. Sebahagian gamgguam jin boleh terlerai atau terlepas
dengan amal pendinding ( merawat diri sendiri )...atau
dengan dirawat...atau dengan memusnahkan benda sihir
termasuk tangkal...atau apa juga benda yang dijaga jin
dan sebagainya...tapi ada yang hanya boleh atau lebih
mudah terlepas dengan kata pemutus...termasuk jin saka
...jin ilmu...termasuk jin yang cinta pada kita.
Kebanyakan kes...sebenarnya tak sembuh atau jin tak lari
tapi sekadar jin itu menjadi lemah atau terhalang untuk
sementara...maka kesannya masih ada walau sedikit atau
rasa sihat sementara.
Kita adalah khalifah Allah...maka gunakan kedudukan ini
untuk memerintahkan jin yang mengganggu atau mendampingi
agar pergi...dan inilah keperluannya kata pemutus.
Tentang kata pemutus silalah ya ANN rujuk pada blog
nampak hati mengenai kata pemutus...juga sebaiknya
amal juga Fatihah pernafasan...3 Qul pernafasan...
buat air doa sendiri jadi minuman harian...atau
sekali sekala mandian.
Kalau ANN tahu ada jin cinta...maka tutup mata dan bisik
mula dengan Ta awwuz 3x... Bismillah 3x...shahadat...
salawat 3x...kermudian ucap dengan kata yang boleh ANN
dengar sendiri...Ya Allah...saya mahu bercakap pada jin
yang mencintai saya ini...baca fatihah sambil bayangkan
jin itu hadir didepan...dan buat kata pemutus dengan nada
tegas memerintah...jangan takut dan tanamkan dalam hati
kedudukan kita sebagai manusia lebih tinggi daripada
jin.
2. Kemudian buat juga kata pemutus untuk saka...kerana
biasanya manusian yang jin cinta itu ada jin saka dan
jin saka itu buat jin lain tertarik pada kita.
3. Jin cinta berkenaan juga sentiasa cuba menghalang ANN
dapat pasangan...dan kalau ANN dapat kahwin juga samada
jin itu akan pergi...atau ada jin yang terus berusaha
menceraikan antara pasangan tersebut.
Perhatikan juga ya tajuk rahsia jin ilmu dalam blog
nampak hati mengenai perkara berkaitan...iaitu kalau
dalam keadaan mana ANN terasa ada benda atas tapak
tangan kanan atau kiri...tutup mata baca Ta awwuz
7 kali dan tiup benda tak nampak itu niatkanmm Ya
..Allah hancurkan benda sihir ini sehancur-hancurnya...
BalasPadamWallohu a'lam