Rabu, 3 Mac 2010

AMALAN AYAT KURSI 11 KALI....

Kaedahnya.

1.Baca Suroh Al Fatihah 1 kali.

2.Baca Salawat 3 kali.

3.Baca Ayat Kursi 11 kali...

Kemudian anda boleh memilih...
samada anda mahu menarik nafas
atau pun tidak...
(....tentang hal pernafasan akan ada
ruangan khususnya nanti...Insya allah...)

kalau anda nak buat pagar untuk orang
lain...siapa saja seperti anak-anak...orang
rumah...rakan dan sebagainya...
...maka anda boleh membaca Ayat Kursi
11 kali...dan tiup pada orang yang di maks-
udkan...
sambil niat...dengan keberkatan Ayat Kursi
mudah-mudahan Allah melindunginya
dari segala bahaya...Insya Allah.

Ia boleh dibuat pada bila-bila masa...
kalau mampu untuk diri...buat pagi petang
atau sekali dalam sehari...di waktu pagi...
malam atau bila-bila masa saja ikut kela-
pangan.

...dan kalau rasa perlu...baca sebelum pergi
ke satu-satu tempat...atau bacakan pada
anak-anak kecil semasa anda hendak mem-
bawanya keluar malam.

kalau selengkapnya...11 kali itu untuk seorang
maka baca Ayat kursi 11 kali lagi kalau ada
orang lain yang nak 'dipagarkan'...

...dan dengan sendirinya untuk anda ada 22 atau
33 'bekal' Ayat Kursi...
iaitu anda bacakan untuk orang lain...tapi ia tetap
berfaedah untuk diri anda juga...

Kalu tak mampu...atau tak ada masa...anda baca
lah Ayat Kursi sekali semasa keluar dari rumah
dan niatkan minta perlindungan Allah pada diri...
keluarga dan harta....

Wallohu a'lam.

14 ulasan:

  1. Boleh ke I pagar diri sendiri dgn ayat Kursi kalau I ada benda halus atau saka dlm badan?

    BalasPadam
  2. azlinar...

    Amalan pendinding diri seperti Ayat kursi Insya Allah akan menjadi pagar kepada serangan atau gangguan jin dari luar badan...dan menyeksa...memanas...membakar dan sebagainya jin yang ada dalam badan.

    Kalaulah jin liar yang masuk ke dalam badan...biasanya akan lari keluar kerana tak dapat bertahan...tapi bagi jin saka atau jin sihir biasanya akan cuba bertahan walau hingga ketahap cedera parah...
    tapi anda boleh terus beramal sambil minta rawatan...

    Bagi saka yang keluar masuk badan...atau jin sihir yang baru sampai mungkin akan 'berfikir dua kali' sebelum nak masuk badan...

    Malah ada jin saka atau jin sihir yang sanggup menunggu beberapa hari...beberapa bulan malah ada juga yang bertahun untuk menyerang atau masuk kedalam badan apabila seseorang itu lalai atau berhenti beramal.

    Dan tak ada halangan pula kalau anda mahu memagar diri orang lain seperti anak-anak atau rakan...kerana di samping itu dengan sendirinya anda juga memagar serta merawat diri sendiri.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. bagaimana punla jika hendak menggunakan ayat kursi untuk tujuan penyerangan terhadap jin ayau mengisi energi2 dari ayat kursih kedalam sesuatu benda contohnya tasbih?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Adi...

      ...antara caranya...

      1.Paling asas...kita sekadar baca...dan
      jin berdekatan akan kepanasan walau ta-
      npa niat kita...

      Lebih banyak baca lebih panas...dan ka-
      lau guna kaedah 9 wakaf...lagi panas...
      sebutan lebih betul dan jelas lebih pa-
      nas...hati lebih khyusuk lebih panas
      dan sebagainya...

      2.Baca dan tiup pada mana-mana tempat
      yang dimaksudkan...termasuk orang ya-
      ng dirasuk...

      Kalau nak buat pagar...atau serang se-
      keliling...tiup satu nafas ke keliling
      dengan satu nafas...ikut arah lawan ja-
      rum jam...dari depan ke kiri dan ke
      depan semula...

      Lebih panjang nafas tiupan...lebih pa-
      nas...

      Kalau nak lagi panas...baca ayat Kursi
      sambil mengunyah sebiji lada hitam...
      dan tiup...atau tiup dengan semburan
      lada hitam hancur tadi...

      3.Kalau guna tenaga dalam...tumpukan
      perhatian pada jin yang di maksudkan
      dan baca perlahan-lahan sambil niat
      atau bayangkan jin itu semakin kepa-
      nasan hingga terbakar...

      Lagi diulang baca lebih panas...

      4.Kemudian lebih umum dengan tenaga da-
      lam...baca Ayat Kursi dan satukan kepada
      sebarang pukulan atau serangan jurus tenaga dalam...

      Lebih sebati...atau lebih berterusan ki-
      ta amalkan Ayat Kursi...lebih panas...

      Lebih kerap kita gunakan untuk menyer-
      ang jin...maka semakin panas atau besar
      kesannya...

      ...dan sebagainya...Wallohu a'lam

      Padam
    2. ...Kalau tasbih...asal saja kita gu-
      na berzikir...maka dengan sendirinya
      ia dapat pengisian...

      Lebih kerap..lebih lama digunakan...
      lebih kuat pengisiannya...

      Dengan Ayat Kursi...banyak caranya...
      antaranya...

      1.Baca Ayat Kursi bagi setiap biji
      tasbih...

      2.Atau genggam dan baca ayat Kursi
      1...3...7...11 kali atau lebih...

      ...dan sebagainya...

      Ustaz kata...kalau tasbih itu di-
      bawa secara terbuka ke dalam tand-
      as maka pengisiannya tadi akan
      hilang...begitu juga dengan apa juga
      benda lain yang dibuat pengisian...

      Maka caranya...simpan dalam poket...
      atau boleh simpan dalam mulut mana-
      mana yang sesuai...

      Seorang rakan menghadiahkan saya tas-
      bih (99 biji)...hadiah dari rakannya yang balik dari Mekah...

      Ketika seorang rakan lain yang ada
      jin ilmu dalam badannya duduk hampir
      tiba-tiba ia menoleh ke arah tasbih
      tersebut...katanya ia dengar suara
      mengaji darinya...

      Ia kata tasbih itu menyerap bunyi-
      bunyi sekelilingnya...dan ia adalah
      suara bacaan ayat Qur'an yang di se-
      rap oleh tasbih besi tersebut semasa
      di Mekah...Tuhan lebih tahu akan se-
      galanya...

      ...Wallohu a'lam...

      Padam
    3. terima kasih banyak2 atas penjelasan nya...saya nak tanya lagi mengenai penggunaan tenaga dalam...betulkah kalau kita menggunakan tenaga dalam kita tanpa di ijazahkan oleh seorang guru maka tenaga dalam atau energi yg kita keluarkan itu akan di "makan" atau di serap oleh jin yang ada di sekitar kita.?

      Padam
  4. Sama-sama Adisaputra Blog...

    Wallohu a'lam...cuma sekadar pendapat
    saya ia bergantung kepada 'bisa' juga
    jenis tenaga yang kita ada...

    Contohnya...kalau tenaga dalam yang be-
    campur dengan angin bisa jin...mungkin
    jin yang lebih kuat akan dapat menyerap-
    nya...(kalau amalan tenaga dalam kita
    itu guna jin)...

    Tapi bagi kekuatan tenaga dalam semula
    jadi semata-mata (kekuatan Roh)...lebih
    sukar diserap...

    ...dan kalau kita juga ada amalan pend-
    inding diri menggunakan zikir dan ayat
    Qur'an...iaitu aura kita juga berbisa...
    akan lebih sukar diserap malah mungkin
    akan memudaratkan jin yang cuba menyerap-
    nya dengan izin Tuhan...

    Setakat yang saya faham...biasanya jin
    tenaga dalam juga menyerap 'tenaga' alam
    semula jadi maka selain menyerang ia juga
    ada kemampuan membuat perisai diri...tapi
    pastinya dengan kekuatan yang agak terba-
    tas berbanding amalan tenaga dalam kita
    berserta zikir dan ayat Qur'an...

    Mungkin jin jenis ini yang mampu menyerap
    tenaga dalam yang 'kurang bisa'...

    Bagaimana pun belajar tanpa guru secara
    umumnya...apalagi tanpa asas yang cukup
    kadang-kadang mengundang tipu helah jin
    maka perlu berhati-hati juga ada tempat
    rujukan atau sebaiknya ada yang mengawa-
    si...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum..
    saya ingin bertanya, emak saya dikatakan ada saka bidan & saka mak andam walaupun beliau bukan bidan & mak andam. Saka ini dipercayai "terwaris" dari keturunan dulu kepada beliau walaupun bukan dengan kemahuan beliau.Apabila keadaan tidak terkawal yakni emosinya ada gangguan beliau akan tidak sedar diri iaitu menurun. Masa menurun dia akan bercakap dengan bahasa2 yg kita tidak faham iatu bahasa arab, thai dan last sekali kalau dilayan bercakap maka akan keluarkan bahasa Indonesia. Melalui bahasa indonesia ini , kami akan bertanya sbb belaiu menurun.Jawapanya, dia akan kata dia tak puashati dengan itu ini iaitu apa2 yg berlaku dlm keluarga. Biasanya perkara yg tak baik beliau akan tegur. Ada masanya bila kita cuba halau saka itu dengan bacaan ayat kursi, dia akan kata dia tak takut akan ayat kursi malah dia pun akan baca ayat tersebut. Seorang perawat islam telah membuang saka tersebut tetapi kembali terjadi menurun dlm beberapa bulan ini. Emak saya seorang yg buta huruf jd susah untuk kita minta dia mengaji/ menghafal surah. Apa patut kami buat ?

    BalasPadam
  6. Wa alaikum salam wbkth kakjahkuala...

    Biasanya pada keadaan sebegini...perlu perawat
    pakar...dan bolehlah ya minta rawat semula
    pada perawat berkenaan...

    Kalau soal saka balik semula..ia perkara biasa...
    maka pada adatnya...minta rawat semula...

    Usahakan ajar ibu sekadar mana mampu...dan
    jadikan air doa sebagai minuman dan mandian
    berterusan...serta pagar rumah terutama
    bilik ibu...

    Sementara itu satu amalan mudah...

    1.Angkat dan rapatkan tangan seperti berdoa.

    2.Dekatkan ke mulut...

    3.Baca Bismillaahirrohmaanirrohiim 33x...

    4.Ludah ringan/angin pada tapak tangan...

    5.Tutup muka...

    6.Tarik nafas dalam-dalam sambil zikir
    Allah-Allah dalam hati...

    Setelah nafas habis ditarik...sapu kedua
    tapak tangan ke atas kepala..

    ...turun ke belakang kepala...ke badan...
    sapu badan setakat mana sampai...hingga
    ke hujung kedua kaki kanan dan kiri...

    Ulang lagi seperti di atas...

    ...kemudian ulang kali ke tiga...tapi dengan
    bacaannya 34 kali...

    Jumlah bacaannya jadi 100 kali...buat pagi
    petang untuk rawatan juga pagar diri setakat
    mana izin Tuhan...

    Pada pendapat saya jin tidak takut ayat Kursi
    juga perkara biasa kerana memang ada jenis-
    nya sedemikian...tapi apabila dibaca oleh
    perawat...ia mungkin akan memberi kesan
    padanya...atau dibaca banyak kali...

    Kadang-kadang jin terjejas walau sekali baca
    tapi ia sengaja berlagak kuat atau tahan
    agar kita terpedaya dan berhenti...atau
    putus asa...

    Bagaimanapun semoga kakjahkuala dan keluarga
    terus berusaha dan jangan berputus asa ya...
    In-shaa Allah....

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam