Selasa, 23 November 2010

AL HIKAM...Sabar tanda kasih...

Seandainya engkau benar-benar mengasihi Tuhan
nescaya engkau tak akan mengeluh dengan berat-
nya ujian yang menimpamu...

...kerana engkau tahu bahawa segala ujian itu
datangnya daripada Tuhan yang engkau kasihi.

Adakah engkau akan merasa kesal dengan beratnya
ujian...sedangkan dengan ujian itu Tuhan mengha-
mpirkan engkau kepadaNYA...

...dan dengan ujian itu IA akan menempatkan engkau
pada suatu kedudukan yang tak akan tercapai oleh
amal-amal taatmu di sisiNYA?

Wallohu a'lam

1 ulasan: