Khamis, 11 November 2010

JASAD TAK DITERIMA BUMI...

Seorang sahabat Rasulullah SAW menceritakan...

Apa bila ia mendengar berita seorang lelaki
bekas penulis peribadi Rasulullah SAW
meninggal dunia...

Maka ia bersama seorang rakan lain pergi ke-
daerah tersebut...

Mereka ingin mengetahui apa yang akan ter-
jadi pada lelaki tersebut...yang telah ber-
paling tadah dan menjadi penulis peribadi
kepada seorang nabi palsu...

Mereka melihat sendiri...bagaimana mayat
lelaki itu...setiap kali dimasukkan ke-
dalam lubang kubur...
lantai kubur itu akan meninggi hingga men-
jadi separas dengan permukaan tanah asal.

Begitulah seterusnya apabila mayatnya di-
letakkan ke dalam lubang kubur yang baru
digali...ia sentiasa berulang-ulang...

Hinggalah mayatnya terpaksa dikebumikan
di atas permukaan tanah dengan ditimbuni
batu...

Jasadnya tak diterima bumi...sedangkan
rohnya...?

Mungkin ada orang berani berbuat sewenang-
wenangnya kerana menyangka rohnya tak akan
diterima bumi...dan ia masih boleh merayau-
rayau ke mana-mana...

Padahal roh orang-orang yang buruk amalnya
itu...ada lubang neraka di Alam Barzakh
menunggunya...

Wallohu a'lam

Nota

1.Biasanya kita mendengar atau membaca kisah
lubang kubur yang tak cukup panjang...
dan sentiasa 'tak cukup panjang' walaupun
beberapa kali 'dipanjang-panjangkan'....

Ia dikatakan...tanah 'tak ingin' dengan
jasadnya...

Ada disebutkan bahawa sesungguhnya tanah itu
berbangga ke atas bahagian tanah yang lain
kalau ada orang soleh yang dikebumikan di-
dalamnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan