Selasa, 30 November 2010

JIN ISLAM...PENDAMPING BAIK...?

Apabila jin itu mendampingi sesorang manusia maka
kita akan mengatakan ia Jin Islam apabila ia mem-
punyai antara ciri-ciri di bawah...

...iaitu...

1.Jin itu memperkenalkan dirinya dengan nama-nama
Islam...terutamanya nama-nama dalam Bahasa arab...

2.jin itu mengaku beragama Islam...malah tak kur-
ang yang mengaku sebagai bunian...Syeikh-Syeikh...
wali-wali...dan sebagainya...

3.wajah biasanya cerah...tenang...bercahaya...tenang
...nampak seperti orang-orang baik atau orang-orang
soleh...dan sebagainya...

4.Jin itu berpakaian seperti orang-orang baik dan soleh
...mungkin serba putih...serba hijau...berketayap...
berserban jubah dan sebagainya...

5.Jin itu suka berzikir..atau sentiasa membawa tasbih...

6.Jin itu suka bercakap atau mahir mengenai hal-hal agama.

7.Jin itu suka menasihati...dengan nasihat-nasihat yang
baik..atau ' macam baik '...

8.Jin itu melarang perkara-perkara mungkar...

9.Jin itu menolong manusia walau apa pun cara yang ia
perlihatkan...seperti merawat...memberi panduan..mencari
orang hilang dan sebagainya...

10.Jin itu solat ' macam ' lima waktu...

11.Jin itu pandai atau suka...atau mahir...membaca Ayat-
ayat Qur'an...

12.Jin itu hafal ayat-Ayat Qur'an atau hadis...atau kata-
kata hikmah...

13.Jin itu suka memuji orang-orang baik...

14.Jin itu hanya makan makanan halal...

15.Jin itu kelihatan sangat terpelajar...atau tinggi ilmu
terutama ilmu agama...

16.Jin itu tahan dibacakan ayat Kursi...dan boleh membaca
ayat Kursi...dan kadang-kadang menggalakkan orang membaca
ayat Kursi...

..dan sebagainya...

Sebenarnya...kalau setakat antara tanda-tanda di atas...
atau malah kesemua tanda-tanda di atas...jin kafir juga boleh
buat...apalagi jin saka ilmu...Jin Munafik...Jin Murtad...jin
Ifrit...dan sebagainya...

Yang penting...ia ada ilmu...dan bakat atau pakar berlakon...
dan tak kurang...biasanya...jin itu kenal siapa anda..apa kel-
ebihan dan kelemahan anda...apa kepercayaan dan keyakinan anda...
dan mungkin ia tahu sejarah hidup anda...keluarga anda...keturu-
nan anda dan sebagainya...terutamanya kalau ia adalah jin saka
keluarga atau keturunan anda sendiri...

Ini semua penting...kerana jin itu akan mempergunakan segala
peluang dan laluan yang akan membuat anda ' tergamam' tak
dapat menolak...yakin dengannya...malah ' termakan ' akan seg-
ala taktiknya...termasuklah taktik secara Psikologi...

Maka untuk mendapat kepastian lanjut tentang agamanya...anda
rujuk pada jabatan Agama Islam...?

Biar apa pun alasan anda untuk mengatakan ia adalah Jin Islam
anda ada peluang sepenuhnya untuk menjadi mangsa penipuannya.

...dan yang pasti...pada hakikatnya...anda sedang berhadapan
dengan suatu makhluk ghoib yang sama sekali tak anda kenali...
malah biasanya apa pun bentuk penampilannya...terutama bila
jin itu mengaku Islam...maka adalah sekadar penyerupaan se-
mata-mata...dan tak ada kena mengena dengan rupanya yang
sebenar...

JIN ISLAM MASJID NEGERI...

Apabila seorang rakan mengetahui kehadiran Jin Islam di
Masjid Negeri...ia pernah memanggil jin itu ketika ia cuba
menegeluarkan jin daripada badan seseorang...tapi ternyata
Jin itu tak datang...malah tak ada sebarang tindakbalas
( tak di pedulikan ).

Pada suatu masa lain...apabila berjumpa dengan jin tersebut
rakan itu bertanya tentangnya...

...dan jawab Jin masjid Negeri itu...seandainya pesakit itu
akan mati sekalipun...ia tak akan datang...kerana syirik
bagi manusia memanggil jin meminta pertolongannya...

Kita tak akan tahu..adakah Jin itu benar-benar Jin Islam di
Masjid Negeri...tapi penjelasannya sesuai degan hukum dan
boleh diterima...

SYIRIK KERANA ADA JIN PENDAMPING...

Adalah jelas hukumnya meminta pertolongan dari jin tak kira
ia Jin Islam atau bukan...contohnya nak minta perlindungan
diri...keluarga dan harta....dan sebagainya...

Namun bagaimana kalau anda tak pernah pun meminta pertolon-
ngannya?

Anda perlu memastikan beberapa perkara...dan antaranya...

1.Anda merasa selamat kerana ada jin pendamping...

2.Anda merasa berani kerana ada jin pendamping...

3.Anda merasa bangga...bertuah atau beruntung kerana ada
jin pendamping...

4.Anda merasa ada kelebihan kerana ada jin pendamping...

5.Anda merasa ada daya penarik kerana ada pendamping...tak
kira pengasih...pelembut...atau penarik rezeki kerana ada
jin pendamping...

6.Anda merasa segala urusan anda menjadi mudah kerana ada
jin pendamping...

7.Anda merasa diri hebat kerana ada jin pendamping...

8.Anda merasa mulia diri...atau manusia terpilih kerana ada
jin pendamping...

9.Anda merasa bijaksana kerana ada jin pendamping yang selalu
memberi panduan ilham dan sebagainya...

10.Anda merasa diri ada ilmu yang tinggi kerana ada jin pen-
damping...

..dan sebagainya...

Maka apabila anda merasa mana-mana antara yang tersebut di-
atas...anda telah jatuh kepada syirik dan menyekutukan Tuhan
kerana yang demikian itu menunjukkan ada pergantungan hati
anda kepada jin pendamping...

Oleh kerana semuanya itu sungguh halus...walau bagaimana pun
anda berhati-hati...tak mustahil anda akan terjerumus juga
padanya suatu masa nanti...

Ia terutamanya dengan pengalaman-pengalaman yang melibatkan
penggunaan jin itu secara langsung atau tak langsung...

...atau jin itu sentiasa membisikkan kepada telinga atau hati
anda akan kelebihan-kelebihan anda memilikinya...terutamanya
kalau jin itu adalah syaitan...
iaitu jin yang sebenarnya datang untuk meyesatkan anda atas
sesuatu kepetingannya...

KAITAN PENDAMPING DENGAN SERANGAN JIN...

Permusuhan antara sesama jin adalah perkara biasa...dan tak
mendatangkan masalah kepada anda kecuali apabila ada antara
jin yang bermusuhan itu datang menjadikan anda sebagai tem-
pat bersembunyi atau perisai manusianya...

Sebab-sebab lain yang mengakibatkan anda menjadi sasaran ser-
angan jin adalah apabila anda berdamping dengan jin...
tak kira ia Jin Islam atau bukan...

Perkara biasa sahaja...apabila ada persaingan atau uji men-
guji ilmu antara sesama jin ilmu pendamping manusia...

Itu antara rahsianya anda sakit...atau rasa serangan apa-
bila berjumpa seseorang yang juga ada pendamping jin...

Itu juga sebabnya apabila tiba-tiba anda merasa marah atau
benci kepada seseorang lain tanpa sebab...
yang pada hakikatnya adalah kebencian antara sesama jin
pendamping...terutama kalau jin itu menguasai perasaan anda.

Pernah dua rakan yang berkawan baik...apabila dirasuk jin
saka masing-masing...mereka menjadi benci antara sesamanya
hingga menyebabkan pertarungan dan kebencian yang berpanja-
jangan...

Kalau jin pendamping anda lemah pula...maka sebaik cara
mengelak serangan jin lain samada jin pendamping manusia
atau jin liar tanpa tuan adalah dengan cara...

-jin itu mengecilkan dirinya...dan bersembunyi dalam badan
anda...

-jin itu bersembunyi di belakang anda...

...maka anda akan terlibat secara langsung menghadapi se-
rangan jin...

Atau jin pendamping anda itu lari...tapi ada angin bisa-
nya dalam badan anda...maka anda boleh menjadi sasaran se-
rangan...atau...jin itu diserang...dan anda sendiri merasa
kesan dan kesakitannya kerana ada angin bisa jin itu dalam
badan anda...

Angin bisa jin itu akan menghubungkan anda dengan jin ter-
sebut secara langsung kerana itu sajalah satu-satunya cara
nak menguasai atau nak menganiaya anda...

Dalam satu segi...angin bisa jin pendamping dalam badan
anda boleh menjadi laluan jin lain turut masuk ke dalam.

...maka kadang-kadang jin menyerang anda kerana jin itu
nampak laluannya...

Tak kurang pula anda menghadapi serangan jin lain kerana
jin-jin itu dipanggil masuk oleh jin pendamping anda...
dengan sebab-sebab yang jin itu saja tahu...termasuk
kerana nak membalas dendam terhadap anda...

Lebih anti...lebih jauh anda daripada sengaja berdamping
dengan jin...lebih kuat dan lebih selamat pula anda dari-
pada serangan jin...

JIN TAK MAKSUM...

Jin bukanlah makhluk yang maksum...atau terjaga dari per-
buatan dosa...malah sifatnya yang tak kelihatan oleh pan-
dangan mata biasanya menjadi sebesar-besar dorongan untuk
jin itu berlaku aniaya terhadap anda...keluarga anda...
rakan-rakan anda dan sebagainya...

Mungkin anda tahu dua tiga perkara tentang jin pendamping
anda...tapi pastinya banyak lagi perkara mengenainya yang
menjadi rahsia...dan di sana tersembunyi akan segala tipu-
daya...kejahatan dan bahayanya...

Sekurang-kurangnya kalau anda tak kisah tentang diri anda
sendiri..jangan perjudikan nasib orang-orang yang anda
sayang...kerana pada hakikatnya...jin itu adalah di luar
kawalan anda sendiri...

Keputusan anda di saat ini mungkin akan menentukan sejarah
hidup anak cucu dan keturunan anda untuk selama-lamanya...

Wallohu a'lam

28 ulasan:

  1. salam kepada encik Junied.

    terima kasih kerana sudi memberi info tentang jin Islam.

    saya mempunyai pendamping yang beragama Islam. Saya dapat tahu yang saya ada pendamping ketika saya berumur 17 tahun dan mengetahui namanya ketika berumur 22 tahun. Dia menjadi pendamping saya ketika saya masih kecil. dia pernah menyelamatkan saya dari kena tindih dan jin saka orang lain. dia juga sering berpesan supaya sentiasa ingat Allah dan meminta pertolongan dr Allah, bukannya dari dia. Dia hanya selamtkan sy apabila perlu sahaja.

    tetapi seperti apa yg encik Junied kata, saya perlu berhati-hati kerana jin saya tu mungkin menipu atau akan meminta balasan kerana dia sentiasa berada dengan saya. saya juga akan mengamalkan bacaan manzil untuk pendinding diri.

    terima kasih

    BalasPadam
  2. saya lupa untuk memberitahu encik Junied. jin pendamping saya tidak memakai jubah putih (kecuali dia pergi ke masjid). dia berpakaian biasa (pakai t-shirt, seluar) dan kadang2 dia berpakaian seperti panglima perang jika ada jin lain yang mahu menyerang saya

    BalasPadam
  3. dia beli kat mana pakaian2 tu? ada jual tak....dia pakai seluar tu seluar apa, seluar jin ke?

    BalasPadam
  4. Nak tanya tentang Tok Belagak di web darulsaka.blogspot.com. apa pendapat saudara tentang dia ni.....ek semacam je....

    BalasPadam
  5. akak72,

    entahlah. tapi dia suka ikut fesyen masa kini. dia kekadang pakai seluar jeans, slack, short pun pakai jugak.

    BalasPadam
  6. Sama-sama ButirStar...

    Sebagai langkah berjaga-jaga..saya harap
    anda dapat merujuk kepada gejala-gejala
    gangguan pada bahagian kepala dan dada
    catitan Julai 2009..dan perhatikan jika
    ada sebarang keraguan atau tanda-tanda gangguan pada bila-bila masa...semoga bermanafaat...

    Dan satu risiko lain pula apabila kita
    nak buang jin pendamping..tak kurang
    jin yang mengamuk dan menuduh kita tak
    kenang budi...kemudian menyerang...maka
    amalan pendinding itu teruskan...
    Insya Allah...

    Seperkara lagi yang sangat penting...
    biar terdesak mana pun..jangan sekali-
    kali harap kepada bantuan jin pendam-
    ping...kerana ia sangat bahaya...

    Katakan seseorang itu kerana sangat ter-
    desak...tiba-tiba terlintas pada hatinya
    nak minta bantuan jin...dan kemudian
    takdirnya sampai ajalnya...maka ia akan
    mati dalam keadaan syirik...( maaf kasar
    bahasa..tapi ia adalah untuk kebaikan
    kita semua...)

    Bagi saya..kalau jin itu kata akan se-
    lamatkan kita kalau perlu sahaja...maka
    ia adalah satu perangkap maut (...samada
    jin itu sedar atau tidak...)

    Kemudian sebelumnya jin itu mengingatkan
    anda supaya sentiasa ingat dan minta
    pertolongan dari Allah...

    Saya tak tahu samada jin pendamping
    ButirStar itu faham atau tidak...atau
    sengaja..tapi kaedah ini biasa sangat
    di buat oleh jin kafir atau jin munafik
    yang tinggi ilmu agamanya...
    ia menunjukkan sseorang kepada kebenar-
    an untuk mengabui kesesatan yang bakal ia 'suntikkan'...

    Maka hati-hati ya...padamkan samasekali
    niat nak minta bantuan jin itu walaupun
    sangat perlu...iman kita tak ternilai
    harganya berbanding nyawa...kerana semua
    orang pun akan mati juga akhirnya...

    Walohu a'la

    Salam akak72...terima kasih kerana turut
    sama kami di sini...
    saya pernah 'lawat-lawat' web Tok Belagak
    tu...

    Rasanya Tok Belagak punya keyakinan diri
    yang sangat tinggi...maka ia menulis
    mengikut cita rasanya sendiri...hingga se-
    olah-olah tak kisah sangat apa orang nak
    kata tentangnya...

    Bagi kita pula...terpulanglah macamana
    kita nak menilainya dari sudut pandangan
    masing-masing...

    Walohu a'lam

    BalasPadam
  7. saya nk tny tntan saka... bgaimnakah kita nk thu kehadiran saka? kita nmpk, atau hny mdgr bnyi? dan betulkah saka tu hny dr keturunan

    BalasPadam
  8. Saudara HUNNYwagged...

    Sila rujuk pada beberapa catitan bulan sept
    ...oktober...dan disember 2009 tentang punca
    dan tanda-tanda ada saka...juga beberapa catitan berkaitan pada Januari 2010...

    Kemudian bebagai tanda gangguan jin...jika
    ia berpanjangan biasanya adalah gangguan
    saka.

    Saka itu boleh kita dapat dari mana-mana
    saja samada kita tahu atau tak tahu...
    samada kita sengaja atau tak sengaja.

    Ia berbagai bentuk...daripada kita mengalami
    berbagai gejala sakit atau keganjilan...
    hinggalah kepada kita tak rasa ada saka...
    yang biasanya ada tapi kita tak faham kerana
    halus gangguannya...

    Silalah rujuk ya...dan kalau ada kemusykilan
    bolehlah tanya semula...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  9. adakah semua tentang dlm forum ni semuanya betul kah?

    BalasPadam
  10. Selamat sejahtera prince_steward...

    Oleh kerana ia banyak daripada kajian
    saya...saya tak suka kata ia betul...
    kerana kita manusia bila-bila sahaja
    boleh tersalah dan tersilap...

    Saya cuma berani kata...saya tulis ke-
    rana saya yakin betul...dan saya telah
    uji atau selidiki sendiri...sedaya
    upaya saya cuba mengelakkan daripada
    perkara-perkata yang saya ragu-ragukan
    atau saya akan tulis dengan kata seka-
    dar pendapat...

    Terima kasih atas perhatiannya...

    Walloh a'lam

    BalasPadam
  11. nak tanya.sjk sy sklah rendah sampai skarang saya sring mimpi hampir lemas sama ada d laut atau sungai.kbelakangan ni pulak sampai mengigau malam.saaya risau ngan masalah nitkt ganggu plajaran,spm pun nak dkt.apa masalah saya ek?

    BalasPadam
  12. Salam Zaharah...ianya seperti tanda-tanda
    ada saka...

    Walau bagaimanapun...cuba Zaharah pereksa
    gejala-gejala gangguan pada bahagian kep-
    ala dalam blog ini...atau pereksa pada
    tajuk WARISAN SAKA 3...Gangguan fikiran...
    catitan bulan ini pada blog nampak hati.

    Kalau kena tandanya...maka ia kemungkinan
    besar adalah tanda saka...tapi kalau nak
    lebih puas hati...minta scan sajalah ya
    pada perawat-perawat yang diyakini...

    Memang gangguan pada bahagian kepala ini
    ( fikiran )...mungkin memberi kesan kepada
    prestasi kita sehari-hari dalam apa juga
    bidangnya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  13. assalammualaikum..saya ingin bertanya.apa kah maksud pendamping wali?..adakah ianya baik atau sebaliknye?..sekarang saya berusia 24 tahun.terus terang saya katakan saya tidak tahu menahu pada diri saya ini ada pendamping wali.sehingga kawan saya memberitahu pada saya selepas dia memarahi adik nye tanpa sebab semasa kami bertiga makan di kedai emaknye.

    selepas esoknye dia memberitahu saya.adakah saya tahu.saya didampingi wali.saya berkata..tidak tahu dan terkejut..dan tidak faham apa yang dikatakan olehnye.dan meminta dia menerangkan pada saya.

    dia bercerita kepada saya satu persatu.semasa dia memarahi adiknye tanpa sebb adalah kerana dia ternampak wali tersebut berada disamping saya.kawan saya tu berketurunan saka/pendamping harimau putih dari keturunan.masa tu dia marah secara tibe-tibe.

    tetapi setahu saya..saya tidak pernah tahu..atau bersemuka dengan mana mana makhluk halus atau pendamping.kerana ibu saya sentiasa suruh saya mengamal ayat 3 khul dan qursi serta dari kecik sekiranye saya terasa ancaman atau tidak sedap hati.

    saya merupakan anak tunggal.selepas kematian ayah saya semasa umur saya 6 bulan..ibu saya pernah menceritakan pada saya.bahawa saya pernah tidak berhenti menangis selama sebulan.tetapi ibu saya tidak memberitahu saya apa terjadi selepas itu.

    tetapi saya tak nafikan semasa saya menghadiri pusat pengajian swasta di kuala lumpur..semester satu semua pelajar di beri tempat utk tinggal bersama 10 pelajar dlm satu apartment.apartment tu mmg suram tetapi pada mulanye saya membuat tak endah..rupa-rupanye aparment itu ada pontianak yg tinggal.kesemua pelajar nampak.dan ada seorang pelajar yg selalu kene rasuk.tetapi timing dia kene rasuk selalu berlaku bila saya tiada dirumah itu.

    dan mcm-mcm lagi yang berlaku..tetapi terus terang saya cakap..saya mmg tidak dpt melihat.tetapi hanya merasa kehadiran makhluk itu sahaja..sekiranye benda2 ini berlaku..saya terus membaca ayat qursi dan 3 khul tanpa pikir panjang.sudah menjadi tabiat...

    kalau betul saya mmg didampingi...tetapi saya tak nampak..adakah itu perkara baik?..dari nampak..perlukah saya membuang nye?..ibu saya tidak membenarkan saya pergi berubat atau mana mana taditional rawatan..sebb beliau tidak mahu saya bergantung pada berubat..kerana ragu-ragu..sampai sekarang saya masih mengamal mmbaca ayat qursi tak kira dimana...

    BalasPadam
  14. Wa alaikum salam wbkth amy...sila
    rujuk pada ulasan di bawah tajuk
    PENUTUP ya...terima kasih atas
    persoalannya...

    BalasPadam
  15. Salam ShaFeeQue Da GREAT...

    Jika ia berkaitan dengan fikiran...ia terbahagi kepada
    beberapa bahagian...

    1. Fikiran yang ada gangguan jin...maka fikirannya
    bercampur aduk antara fikiran asli dan bisikan atau
    pengaruh jin...

    2. Fikiran asli...iaitu tiada gangguan atau pengaruh
    jin...tapi seseorang itu mengkhayalkan..atau
    membentuk sesuatu keadaan sehingga ia seolah-
    olah nampak atau ada gangguan jin...

    ...dan sebagainya...

    Buktinya keujudan jin...didalam al Qur'an...sila rujuk
    ya...ada satu surah namanya Suroh Al Jinn...
    dan ia menceritakan kisah tentang jin secara nyata...

    Terima kasih atas ulasannya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  16. waw... baru kali ni saya tahu tentang jin pendamping... namun.. apa benar bila kita memiliki jin pendamping,maka akan mala petaka buat keluarga kita...

    BalasPadam
  17. As salam saudara...

    Tidak 'semestinya'...tapi 'biasanya'...ini kerana
    biasanya jin yang sengaja mendampingi manusia
    adalah 'jin nakal'...atau suka mengambil kesempatan
    atau 'ada udang di sebalik batu'...

    Maka kalau kita dapati ia ada...jauhkan dari diri dan
    keluarga melalui rawatan dan amalan pendinding...

    Ia adalah suatu makhluk yang tidak dapat kita lihat
    dengan mata kepala...dan boleh masuk badan
    manusia...maka sukar kita ramalkan apa yang
    makhluk itu akan buat dalam jangka masa pendek
    juga masa panjang...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum saudara Junied.

    Sebelum ni sy ada bgtau saudara ttg jin saka yg suka kt sy. Alhamdulillah, jin tsebut sudah kluar wlupun kdg2 msuk jg klu sy trlalai dri amalan.

    Tp skg sy dpt gangguan dri jin ppndamping bapa sy, sebab sy pernah mbawa dia brubat sblum ni dn jin2 trsebut marahkn sy. Sy kembali buat rawatan dan ustaz tu ckp, ada tangkal drumah sy yg dsimpan olh bapa sy.

    Sy ada tanyakn kpd bapa n mama sy ttg tangkal tsbut, diorg kata ada tp bapa sy guna utk tujuan ubat dn dia pcaya tangkal tu tiada jin.

    Sy agak buntu, bgaimana nk bgtau n nk bg faham diorg yg benda2 ni xdbolehkn dlm islam.

    Utk pgtahuan saudara, kmi dlm rmh ni selalu sakit2 n ustz yg mrawat kata benda tu yg sakiti kami.

    Sy nk minta pendpt saudara mcm mana nk bgtau dgn bapa n mama sy, dgn pmahaman agama mrka yg kurang dn dgn masih bpegang dgn fhmn dulu2 xhlg lg...tq saudara.

    BalasPadam
  19. wa alaikum salam wbkth syera...

    Alhamdulillah...ia suatu perkembangan yang sangat
    positif...dan mudah-mudahan dengan berkat amal
    yang berterusan...kita akan menjadi sasaran yang
    semakin sukar untuk pengganggu tersebut...

    Tidak mengapa...mungkin sekarang bapa mama
    masih kurang faham tentang hukum...kurang penge-
    tahuan berkaitan dampingan jin...tapi teruskan
    usaha walau sedikit demi sedikit...

    Syera cuba beratkan tentang risiko jin dampingan...
    supaya bapa mama mudah faham tentang sebab
    tidak bolehnya dalam agama...iaitu demi untuk
    keselamatan dan kebaikan diri kita sendiri juga...

    Tentang serangan jin dampingan bapa syera tu...
    umumnya kita semua perlu beringat...kalau kita
    berusaha berubat atau membawa orang lain berubat
    maka serangan jin yang menjadi pengganggu itu
    adalah perkara lumrah...maka sebaiknya...'sedia-
    kan payung sebelum hujan'...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  20. Itulah sy tidak terfikir, rupanya kita berisiko dpt serangan. Terima ksh saudara, sy suda baca entry saudara mgenainya.

    Sy terfikir untuk mgambik ijazah IT untuk jd amalan n perlindungn diri n keluarga.

    Terima kasih saudara.

    BalasPadam
  21. Alhamdulillah...sama-sama Syera...

    Untuk pertanyaan juga ijazah IT silalah hubungi
    guru utama kami yang berbahagia Ustaz
    Muhammad Bin Abdullah Putatan KK...
    tel 0132073001...cuma masa ni beliau masih
    berada di brunei...dan boleh pula lihat pada
    fb Muhammad Abdullah IT...Insha Allah ya...

    BalasPadam
  22. Assalamualaikum Saudara Junied.
    Adakah amalan seperti bacaan "Ya Batin" adalah antara salah satu cara untuk mendapatkan jin pendamping?
    saya pernah mendengar kaedah ini dari kenalan saya yang pernah belajar sejenis ilmu persilatan. katanya untuk mendapatkan kekuatan luar biasa.
    saya khuatir perbuatan ini akan mengundang kepada syirik.
    Mohon Penjelasan Saudara Junied.

    Terima Kasih.

    BalasPadam
  23. Wa alaikum salam wbkth saudara...

    Ia adalah antara nama Tuhan...dan bukan
    cara untuk mendapat jin pendamping...tapi
    adalah salah satu amalan yang boleh
    jin guna sebagai kesempatan untuk men-
    dampingi kita...

    ...terutamanya ia 'memberi' apa yang kita
    cita-citakan itu agar kita terpedaya atau
    rela menerimanya...maka sebaiknya kita
    elakkan...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  24. assalamualaikum saudara junied,
    saya ingin bertanyakan pendapat anda...kebiasaannya para perawat tradisional atau bomoh menggunakan jin dalam rawatan...bagaimana pula dengan para ustaz atau guru agama...macam manakah para ustaz dan guru agama ini mengetahui seseorang didampingi saka,disantau dan lain2...samada melalui ilham,bisikan,berinteraksi atau sebaliknya...harap saudara junied dapat berkongsi pendapat...

    BalasPadam
  25. Wa alaikum salam wbkth saudara...

    Biasanya cara bersih ialah dengan gerak hati
    dan pengalaman...seperti pemerhatian pada
    diri orang tersebut atau pada gejalanya...
    atau apa juga perkara yang ada kaitan dengan-
    nya...dan sebagainya...

    Cuma dari pengalaman saya....para perawat
    guna doa atau ayat-ayat Qur'an juga tidak ter-
    lepas dari cubaan tipudaya jin...kerana malah
    ada jenis jinnya yang lebih suka orang-orang
    seumpama ini....maka ia boleh dapat kelebihan
    yang tidak sepatutnya ada...

    Kalau perawat itu guna mantera disamping ayat
    Qur'an maka ada kemungkinan yang lebih besar
    dan juga kalau ia guna cara yang meragukan
    seperti menyembelih binatang untuk merawat...
    membakar kemenyan...menyeru para malaikat,,,
    nabi-nabi...wali-wali...sahabat-sahabat...dan
    sebagainya...maka ianya lebih jelas lagi...

    Begitu juga kalau perawat itu dapat melihat benda
    luar kemampuan pandangan mata dengan jelas
    macam nampak manusia malah boleh berinteraksi
    dengan mereka...seperti bercakap dengan manusia
    atau dapat melihat tempat-tempat jauh begitu-
    begitu saja tanpa susah payah...maka kemungkinan
    besar ada angin bisa atau jin padanya...

    Bagaimana pun tanpa alasan jelas...kita tidak boleh
    pula cepat-cepat menuduh seseorang itu guna jin...

    Yag penting...kita tahu ciri-ciri dan gejalanya...dan
    kita kaji...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  26. Assalamualaikum, sya pernah pergi berubat dgan seorg hamba ALLAH nie. dia kata ada ssuatu( benda) didlm badan sya dan cara utk mmbuangnya hendaklah pergi ke tempat asalnya..ttpi mlangnya sya tidak tau sama ada benda ni ada dalam badan saya atau tidak sbb sya tak rasa apa2 pun .. lagi satu klu nak kena buang ini, nak buang kat mna sbb saya pun tidak tahu dr mna saya dapat benda ni.. Harap Tuan dapat perjelaskan. Sekian Trima Kasih..

    BalasPadam
  27. Wa alaikum salam wbkth saudara...

    1. Jin dalam badan tidak semestinya dapat
    kita rasakan kehadirannya...tapi biasanya
    ada gejalanya...cuma terpulang samada
    kita faham atau tidak saja...

    2. Bagaimanapun kalau perawat itu kata ada
    dan perlu buang...sebaiknya minta panduan
    atau minta tolong buangkan...

    ...iaitu terutama kalau perawat tersebut dapat
    memberikan bukti atau petunjuk yang meyakin-
    kan...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam