Ahad, 28 November 2010

DUNIA MISTERI...Serangan 3 Sahabat...

Sebaik saja melelapkan mata...saya dapati diri ber-
ada dalam satu tempat seperti gelanggang silat yang
berbentuk bulat...

Kawasan dalam gelanggang itu terang seperti siang
manakala kawasan sekelilingnya gelap gelita seperti
gelap malam yang sangat pekat...

Dari kegelapan itu tiba-tiba tiga makhluk yang ber-
tubuh besar..tegap berwarna hitam melompat keluar
ke tepi gelangggang...

Ketiga-tiga lembaga itu mundar mandir tak keruan...
dan tanpa sebarang amaran mereka menyerbu ke arah
saya...

Sebagai seorang yang pernah belajar silat walaupun
setakat sekerat jalan...secara spontan saya melang-
kahkan kaki kiri ke belakang membuka kuda-kuda...

Namun saya terasa kaki kiri saya memijak suatu ruang
kosong...menyebabkan saya jatuh terlentang macam
tarzan jatuh dari atas pokok...

Lembaga-lembaga itu menyerbu pantas dalam keadaan se-
paruh terbang...dan membelasah saya dengan hayunan-
hayunan penumbuk yang sangat cepat...dan saya dapat
melihat kilatan pisau belati daripada salah satu lem-
baga tersebut...

Dari pergerakan tangan yang cukup pantas seperti ki-
pas angin itu...saya dapati tak ada peluang untuk
menepis walau hanya satu hayunan...malah dalam hati
saya sempat terdetik...habislah muka saya yang mem-
ang dah tak seberapa 'hensom' ini koyak rabak kena
mata belati...

Semua serangan itu tertumpu kebahagian muka...dan
saya tak mampu berbuat apa-apa...

Namun seperti ada suatu lapisan beberapa sentimeter
tebal yang menghalang hayunan-hayunan lembaga itu
daripada menyentuh kulit muka saya...

Saya dapat merasakan kipasan-kipasan angin dari ser-
gan tersebut...tapi tak merasakan sebarang sentuhan.

Serangan lembaga-lembaga hitam yang sangat pantas itu
ternyata tak bertahan lama...
mungkin hanya dalam masa kurang sepuluh saat apabila
satu demi satu lembaga itu melompat jauh ke belakang
lalu terjun meghilangkan diri ke dalam alam kegelapan
yang mengelilingi gelanggang...

Saya terjaga serta merta...seolah-olah baru sedar dari
suatu alam antara jaga dan tidur...

Ketika itu saya baru beberapa minggu saja mengamalkan
Ayat Manzil...ternyata ia amalan yang ampuh sebagai
pembenteng sihir...

Ia adalah serangan jin-jin besar dari satu kumpulan jin
ilmu yang berasal daripada negara jiran...

Ketua jin itu marah kerana saya tak mahu meminta per-
lindungannya...tak mahu mematuhi pantang larangnya...
dan saya pasti jin itu sangat marah dan berusaha untuk
menghentikan saya dari amalan Ayat Manzil...

Ulasan

1.Biasanya apabila anda mengalami gangguan jin...dan mula
mengamalkan sesuatu yang dapat atau bakal menjadi ancaman
kepada jin yang mengganggu anda..maka pasti ia akan cuba
menghentikan amalan anda..

Antaranya dengan...

- memperdayakan anda dengan mimpi-mimpi aneh atau mimpi-
mimpi buruk...

- membisikkan nada dengan berbagai tipudaya...sangkaan bu-
ruk yang berkaitan dengan amalan anda...

- malah kadang-kadang jin itu membisikkan kepada anda
bahawa anda itu dah tak ada harapan...dan sebagainya...

- kadang-kadang ia membisikkan anda supaya berubat pada se-
seorang...atau belajar ilmu yang lebih hebat dari seseorang
yang sebenarnya juga menggunakan ilmu jin...

...dan tentu saja yang di suruhnya anda itu pada sesuatu
yang tak menjadi ancaman...malah mungkin 'satu geng' dengan
jin pengganggu anda...

- Menyakitkan anda...iaitu gangguan dan serangan yang hebat
atau bertambah sakit anda rasakan...

- menyakit atau menyerang sesorang yang anda kasihi..contohnya
ahli keluarga sebagai ugutan untuk menghentikan amalan anda...

...dan sebagainya...

Anda perlu 'memahami akan kerumitan' jin pengganggu anda itu...
iaitu semakin lama anda beramal...pertahanan anda semakin kuat
dan satu segi..jin itu akan bertambah lemah untuk menghadapi
anda...maka jin itu perlu menghentikan anda...

Maka antara tanda amalan yang sesuai dan baik diteruskan adalah
apabila anda merasakan ada usaha jin pengganggu anda untuk meng-
hentikannya...

2.Apabila saya terbaca satu cerita seorang guru silat yang ber-
mimpi anak muridnya dibelasah oleh beberapa orang lelaki silat
dari suatu perguruan lain...saya teringat kepada mimpi saya dulu.

Ia sebenarnya dalam suatu keadaan seperti dalam keadaan jaga tapi
berada di alam yang aneh...

Cerita selanjutnya...guru silat itu menceritakan...isteri anak
muridnya itu menelefon ke rumah pada malam itu juga...

...ia mendapati anak muridnya itu tidur apabila didapati meninggal
dunia dalam keadaan tubuh lebam dan biru seperti telah dibelasah.

3.Pada pendapat saya ia adalah salah satu cara serangan sihir mela-
lui mimpi bertunjangkan kepada jin ilmu...


***Sekadar Renungan***

Hidup Mati Engkau Itu Di'tangan' Allah...
...dan Bukan Di 'tangan' Jin.

*** *** ***


Wallohu a'lam

6 ulasan:

  1. salam encik junied.

    saya juga pernah diserang jin dan mereka mahu menyerang saya dengan pelbagai cara. tapi alhamdulillah saya dapat mengatasinya dengan bacaan ayat2 al Quran.

    saya pernah bertanya kepada jin2 yang menyerang saya kenapa mereka mahu menyerang saya sedangkan saya tak pernah pun bermusuhan dengan mereka. Mereka berkata mereka dengki dengan jin pendamping saya yang sentiasa berada dengan saya.

    saya nak tanya, adakah jin pendamping semuanya jahat walaupun mereka Islam?

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam ButirStar...

    Kesimpulannya...kalau jin pendamping anda itu
    baik...tentu sudah lama ia meninggalkan anda
    kerana ternyata kehadirannya membahayakan anda
    iaitu menyebabkan anda menjadi sasaran serangan jni lain...

    Bayangkan...kalau dengan izin Allah...anda tak dapat mempertahankan diri...jin pendamping anda
    boleh terus 'tumpang sekaki' atau cabut lari...

    Insya Allah dalam sehari dua ini saya akan nyatakan mengenainya secara lebih terperinci
    pada tajuk besar...
    ...JIN ISLAM...PENDAMPING BAIK?

    Saya harap ButirStar dapat merujuk padanya
    kelak...Insya Allah.

    Wal;lohu a'lam

    BalasPadam
  3. salam encik junied.

    terima kasih atas info encik junied. saya ada berbincang tentang hal ini dengan seorang ustaz. dia kata jin pendamping saya hanya menjaga saya sahaja. JIn pendamping saya selama ni tak pernah buat benda yang boleh rosakkan saya (alhamdulillah) setakat ni.

    Mungkin saya boleh bincang dengan pendamping saya supaya dia tidak menjaga saya lagi. saya akan rujuk pada tajuk yg encik akan post nanti

    terima kasih sekali lagi :)

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum tn. junied. saya dari sandakan. syukur saya pada Allah telah menemukan dengan blog tuan yang banyak manfaatnya untuk saya dan orang lain. sejak baca blog tuan ni dari mula, saya mula amalkan ayat manzil sebagai rutin harian, paling kurang sekali sehari, insya Allah. Dan memang saya akui pengaruh ayat manzil cukup kuat. pernah suatu hari selepas solat sunat Lail, saya membaca manzil. pada ketika itu isteri telah tidur. pada masa saya membaca, saya perasan kaki isteri seperti tersentak2, tapi saya tidak pikirkan apa2 yang negatif. selesai membacanya, ketika hendak tidur, isteri terjaga tiba2. dia menceritakan dia bermimpi bertemu satu lembaga hitam besar dalam keadaan cukup marah, dan isteri berada dalam keadaan "kerasukan" dalam mimpi beliau. sehinggalah saya muncul dan menghancurkan lembaga tersebut dengan beberapa potong ayat Al Quran. wallahuallam...

    BalasPadam
  5. Wa alaikum salam PedangSkan...

    Alhamdulillah...yang baik itu semua dari
    Allah...

    Setiap orang akan mengalami pengalaman
    yang tersendiri...terima kasih di atas perkongsiannya...

    wallohu a'lam

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum tn. Junied adakah ajian macan putih sunan kalijaga baik atau sebaliknya.. Mohon penjelasan

    BalasPadam