Selasa, 9 November 2010

DUNIA MISTERI...Bola Cahaya Jin Barah???

Jam 8 malam...saya sedang duduk membaca Yasin
tiba-tiba seseorang yang sedang merakam (video)
dengan telefon bimbit bertanya...adakah saya
nampak suatu benda terbang di hadapan saya.

Saya tak nampak...tapi apabila melihat rakaman
tadi...sangat jelas...Ia dua bola cahaya kecil
berwarna putih cerah...

Bola cahaya pertama datang dari sebelah kanan
dan sebaik saja kedudukannya bertentangan dengan
dada saya...ia terbang ke arah atas...

Bola kedua menyusul...hampir serentak...datang
dari kiri melintas dihadapan saya terus ke arah
kanan...

Oleh kerana di ruang itu tak ada televisyen
juga sebarang pergerakan atau perubahan cahaya
saya yakin ia adalah bola cahaya penyerupaan
jin..

Saya syak benda itu datang dari seseorang yang
mengidap kanser mulut yang saya sedang bacakan
Yasin ( jarak jauh ) ketika itu...

Jam 2 petang tadi saya menziarahinya di rumah
atas permintaan keluarganya...

Sebenarnya sejak berbulan lalu ia berhasrat untuk
berjumpa dengan saya tapi keluarganya seperti
'kurang berminat'.

Oleh kerana tak ada sebarang pertalian keluarga
dan tak kenal sangat...maka saya juga segan nak
ziarah tak diundang...

Ada sebabnya si sakit itu nak jumpa saya...

Pada permulaan sakitnya apabila dibedah kecil
pada bahagian mulut...ia merasakan kesakitan
yang Pihak Hospital sendiri tak dapat
mengesan puncanya...dan ubat langsung tak ber-
kesan...

Kebetulan salah seorang saudaranya kenal dengan
saya dan mencadang minta buatkan air doa...

Pada asasnya saya lebih suka kalau seseorang itu
mencari rawatan daripada orang yang tahu dan
berpengalaman...cuma oleh kerana ketika itu setahu
saya tak ada orang lain dikenalnya...maka saya
buatkan juga...Alhamdulillah...sakit itu hilang.

Masalahnya bermula lagi apabila ia kembali ke
hospital dan dibuat pembedahan pada bahagian
mulutnya...
dimana untuk itu beberapa batang giginya turut
dicabut...

Dari sana ia mula menderita sakit...hingga
akhirnya ia dikatakan mengidap kanser...dan
beberapa kali menerima rawatan pancaran 'kemo'...

Bekas pembedahan itu malah tak ada sebarang tanda
akan sembuh...malahan terus melarat hinggakan se-
belah mukanya bengkak..sesak nafas...dan tak dapat
menelan makanan kecuali air bubur...

Ketika menziarahinya di rumah...ini kali pertama
saya melawat orang sakit...saya merasa sebak...
seolah-olah dapat merasakan penderitaannya selama
beberapa bulan ini...tambahan pula sejak berbulan
lalu ia nak jumpa dengan saya...baru kali ini saya
dapat datang...

Waktu malam ia tak dapat tidur...kerana sakitnya
akan menjadi-jadi...saya dah maklum dengan perkara
ini...

Sejak dulu lagi...saya syak ianya adalah gangguan
dan bukan penyakit biasa...

Ketika melihat rakaman tadi...seseorang yang turut
melihat bola cahaya putih itu senyum..." jin yang
kacau orang sakit tu...jin tu marah dengan kau...".

Baguslah...bisik hati saya yang masih rasa sebak
dan ketika itu juga timbul 'niat jahat'...

Dengan menggunakan ayat 1 hingga 11 As Soffat...
Fatihah dan Ayat Kursi...saya buat gerak 'tangkap
letup' ( Tenaga Dalam ) terhadap kedua-dua 'bola
cahaya' tersebut...

"...di mana sudah jin tu...?" saya bertanya...

"...Dah berkecai..." beritahunya...( wallohu
a'lam )...puas hati saya...

Malam kedua saya bacakan Yasin jarak jauh...
saudara si sakit yang memperkenalkan saya ber-
mimpi melihat si sakit telah sembuh dan sangat
sihat...

Rakan itu menegur..." kan betul kata saya...
kau sudah sihat sekarang..."

Si sakit tersenyum...tapi ia beritahu sudah
sampai masanya ia 'akan jalan'...

Jam 6 pagi esoknya...si sakit meninggal dunia.

Dan anehnya...bengkak pipinya telah hilang
begitu saja...wallohu a'lam...

Baru petang kelmarin jenazahnya dikebumikan...

walaupun sedih...tapi sekurang-kurangnya...
rasanya saya telah 'membalas dendam' untuknya
dan saya harap begitu...

Bagi saya..tak ada silapnya anda berubat dengan
hospital...dan tak ada silapnya juga anda ber-
ubat dengan rawatan pilihan lain...

Yang silap adalah anda berubat dengan hospital
semata-mata sedangkan ubatnya ada pada rawatan
pilihan lain...

..atau anda berubat dengan rawatan pilihan lain
semata-mata sedangkan ubatnya ada pada rawatan
hospital...

Rawatan cara Islam adalah gabungan antara kedua-
duanya...

Wallohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan