Selasa, 23 November 2010

AL HKAM...Hikmah Serba Kekurangan...

Tuhan sengaja menimpakanmu dengan berbagai
kelemahan dan kekurangan...untuk menghalang
dan melindungimu daripada mengerjakan ber-
bagai kejahatan dan kemungkaran...

Kadangkala kecukupan itu membuka dan membo-
lehkan engkau melakukan sesuatu kejahatan.

...maka Tuhan sengaja menutupimu dari kecu-
kupan itu sehingga keinginan burukmu ber-
ubah menjadi pengharapan terhadap penghara-
pan terhadap rahmat dan pertolongan Tuh

Wallohu a'lam

10 ulasan:

  1. Silakan saudara alirius...

    saya sangat alu-alukan...

    BalasPadam
  2. Assalammualaikum...Warahmatullahiwabarakatuh..

    Alhamdulillah, sy suka kata2 Al-Hikam yang selalu saudara tuliskan..kata2 indah yang penuh dengan hikmah dan nasihat..

    Bolehkah sy ingin saudara kongsikan dengan sy tentang bagaimana untuk bersyukur dan bersabar? semoga ilmu yang dikongsi diberkati Allah SWT.

    Terima kasih atas kesempatan ini.

    BalasPadam
  3. Wa alaikum salam wbkth Imdad...

    kalau keredhaan Allah itu adalah segala-
    galanya bagimu...nescaya engkau akan ber-
    syukur dan bersabar dengan apa juga yang
    Allah timpakan kepadamu...

    Kerana engkau akan dapati...segalanya itu
    adalah tanda kasih sayang Allah...

    Iaitu...segalanya adalah laluan yang IA
    bentangkan kepadamu menuju kepada
    keredhaanNYA...

    Sesungguhnya apa yang ada di sisi Allah
    itu lebih baik untukmu daripada dunia
    ini dan segala isinya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  4. Assalammualaikum warahmatullahiwbarakatuh...

    Alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian ilmu yang sungguh bermakna..tiada lain yang kita harapkan melainkan keredhaan Allah terhadap diri kita. mudah2an redha itu kita perolehi dalam setiap amal dan perbuatan yang baik kerana Allah.InsyaAllah amiin..selebihnya Allah Maha Mengetahui...

    BalasPadam
  5. Wa alaikum salam wbkth Imdad...

    Alhamdulillah...sama-sama...
    ...Amiin...

    BalasPadam
  6. Assalammualaikum Warahmatullahiwabarakatuh...

    Alhamdulillah...

    1. bolehkah sy share kata-kata Al-Hikam dari blog saudara kepada kawan2?

    2. adakah faktor warna pakaian boleh menyebabkan daya tarikan jin kepada kita? apakah warna yang disukai oleh makhluk tersebut? (jika iya)..

    3. sy ingin meminta pendapat saudara tentang satu jenis perubatan alternatif yang telah diikuti oleh seorang hamba Allah. ciri-ciri amalan tersebut ialah: (basic maksudnya kali pertama menyertai atau mempelajari kaedah perubatan tersebut)

    a. mengamalkan duduk tutup mata, ada cra pernafasan dengan bacaan tertentu (zikir barangkali). perlu dilaksanakan dalam tempoh tertentu (cukupkan sehingga ... hari). dan adakalanya perlu air dalam gelas untuk diminum.

    b. ada matlamat mempelajarinya yang ditulis di atas kertas dan tidak boleh dilihat oleh sesiapapun.

    c. hidup ikut syariat Islam.

    d. boleh men'scan' tempat2 yang jauh. pengamal akan tutup mata, baca ayat (mungkin juga niat) dan scan. dia boleh bayangkan apa yang berkaitan.

    e. belajar beberapa jenis urutan.

    f. ia juga dikatakan ilmu berkaitan sains metafizik dan dikatakan sebagai perubatan Islam.

    g. boleh scan badan orang..orang yang pernah discan atau diurut menyatakan ada rasa aura ngilu, panas atau geli di anggota badan yang discan. ( anggota badan tak disentuh, hanya jari pengamal yang didekatkan ke permukaan anggota tersebut).

    h. boleh menscan orang lain melalui orang lain (yang rapat dengan orang tersebut) sebagai cth...seorang isteri boleh diketahui sakitnya atau masalahnya dgn scan si suami..walaubagaimanapun, masalah atau sakit atau rawatan sukar diketahui dan dilaksanakan sekiranya suami isteri tinggal secara berasingan dalam tempoh tertentu.

    setakat itu sahaja pengetahuan sy ttg cara perubatan tersebut. namun ia boleh 'diupgredkan ke tingkat yang lebih tinggi. pada pendapat saudara, adakah ini jenis perubatan islam atau perubatan tanpa jin? sekarang ni terlalu banyak perubatan alternatif yang mengakui perubatan secra Islam..namun ada yang pakai keris, minta kain, dsb..
    terima kasih saudara...Wallohualam..

    BalasPadam
  7. Wa alaikum salam wbkth Imdad...

    1.Alhamdulillah...silakan...

    2.Wallohu a'lam...kajian saya kebetulan
    tak sampai ke sana...

    Tapi kadang2 jin akan suruh manusia yang
    menjadi 'pengikutnya' memakai warna pakai-
    an tertentu...seperti merah...kuning...
    dan sebagainya...

    Tapi bagi kita soal pakaian bukan perkara-
    nya...asal saja ada laluan mudah atau ter-
    buka pada badan...atau peluang..maka akan menarik minat jin...termasuk ada angin
    bisa jin dalam badan...lemah semangat...
    takut jin...tamak...suka berbuat dosa
    dan sebagainya...

    3.Kalau setakat maklumat di atas...saya ber-
    pendapat boleh jadi ilmu bersih...dan boleh
    jadi guna jin...

    Cuma kalau tahu lebih dalam akan amalannya
    baru saya berani kata...samada ilmu putih
    atau guna jin...maaf ya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  8. Assallammualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

    Alhamdulillah....terima kasih atas penjelasan saudara..semoga kita semua dirahmatiNya..

    BalasPadam
  9. Wa alaikum salam wbkth Imdad...sama-sama
    ...Amiin..

    BalasPadam