Khamis, 4 November 2010

ROH...RAWAN DAN PANDANGAN JIN....

MANUSIA DUA UNSUR...

Kejadian manusia terdiri dari dua unsur iaitu
jasad dan roh...

Jasad itu dipanggil diri luar...yang boleh di-
lihat dengan mata kepala...
manakala diri dalam itu adalah rohnya...

Roh itu pula boleh dibahagikan kepada dua ist-
ilah...iaitu roh dan rawan.

Roh bermaksud keseluruhan roh...manakala rawan
bermaksud sebahagian daripada roh...

Kalau diumpamakan badan...maka badan itu adalah
roh...dan tangannya umpama rawan...

Ia bererti...roh itu berdiam dalam satu tempat
yang tetap iaitu jasad...
tapi sebahagiannya boleh keluar dari jasad dan
pergi kemana-mana...maka yang keluar itu adalah
rawan ( sebahagian daripada roh )...

Walaupun rawan itu keluar...tapi ia tetap ber-
sambung dengan roh...
umpama tangan...ia boleh mencapai kemana-mana
contohnya ke hadapan...ke tepi...ke belakang...
ke atas dan ke bawah...tapi ia tetap bersambung
dengan badan...

BEZA ANTARA MATI DAN TIDUR...

Kalau roh keluar dari jasad...maka jasad itu
akan mati...
tapi kalau rawan keluar dari badan...jasad itu
tidur...atau separuh tidur...

Sebuah Hadis menyebutkan...bahawa ketika manusia
itu tidur...
maka roh-roh mereka keluar dari jasad seumpama
tentera yang dikerah...
kemudian roh-roh itu berkumpul pada suatu tempat
antara langit dan bumi...dan seterusnya...

Dalam istilah kita...untuk membezakan antara
roh seluruhnya atau sebahagian daripada roh...
maka roh-roh yang keluar itu disebut rawan...

PANDANGAN ROH SEMASA TIDUR...

Umumnya...rawan yang keluar dari jasad semasa
seseorang manusia itu tidur...ia merupakan per-
kara semulajadi...

Maka boleh jadi apa yang dilihat oleh seseorang
itu semasa tidurnya adalah pandangan roh ( atau
rawan )...

Oleh kerana roh atau rawan itu juga benda ghaib
maka ia boleh melihat pada dua alam iaitu Alam
Nyata dan Alam Ghoib termasuklah Alam Jin...

Roh ( atau rawan ) itu mungkin melihat sesuatu
yang tak pernah kita fikir atau sangkakan...
samada yang berkaitan Alam Nyata atau sesuatu
yang berkaitan dengan Alam Ghaib...

ANTARA ROH DAN JASAD...

Adapun roh itu adalah unsur ghoib yang sebati
dan tak akan terpisah dari jasad...
kecuali apabila sesorang manusia itu mati...

Kerana sebatilah...yang manjadikan proses ke-
matian...iaitu proses pemisahan antara roh dan
jasad oleh tarikan Malaikat Maut itu...
sesuatu yang amat pedih dan peritnya melampaui
segala kesakitan lain di atas dunia ini...

Roh itu akan ditarik dari segenap darah...daging
dan urat saraf...yang dikatakan oleh seorang sa-
habat Rasulullah SAW umpama kayu berduri cangkuk
yang ditarik dari dalam kaki hingga ke-ubun-ubun
maka koyaklah segala yang boleh koyak...dan ter-
putuslah segalanya yang boleh putus...

KAWALAN ROH...ATAU RAWAN ?

Tak akan ada manusia yang dapat mengawal keluar
masuk roh dari jasadnya...tapi boleh pada rawan-
nya.

Sementara kita biasanya tak dapat mengawal rawan
...sebahagian orang dapat mengawal rawannya...
mengikut tahap kebolehan dan kemampuan masing-
masing...juga mungkin anugerah Tuhan...
wallohu a'lam...

Sebahagian orang...rawannya dapat dikawal semasa
tidur...atau sebaik saja ia mula melelapkan mata
...dan pada sebahagian lagi...ia dapat mengawal
keluar masuk rawannya pada waktu sedar...

Pada cara ini...seseorang itu dapat merasakan
dirinya keluar dari jasadnya...
dan ia boleh melihat badannya yang ia 'tinggal-
kan'...

Biasanya jasad itu akan berada dalam keadaan se-
paruh tidur atau separuh terkawal...atau mungkin
ada keadaan lainnya...

Ketika itu ia boleh pergi kemana saja termasuk
Alam Nyata juga Alam Jin...

Dan inilah yang dimaksudkan Rawatan Tidur...ia-
itu ia boleh terus datang kepada punca gangguan
( jin yang mengganggu seseorang )...

NOTA

Setakat yang saya faham daripada beberapa kajian
yang serba terbatas...apabila kita merukyah atau
menyerang dengan tenaga dalam jin yang mengganggu
seseorang...maka sebenarnya kita telah menyerang
jin itu secara langsung...atau secara berhadapan
dengan rawan kita...

...iaitu dengan kata lain...jin itu berhadapan
dengan rawan kita...tanpa kita rasa atau ketahui.

Bezanya...orang yang dapat mengawal keluar masuk
rawan akan berhadapan dengan jin itu secara sedar
...dan akan nampak perkara-perkara yang tak terca-
pai oleh pandangan mata kepala...

RAWAN DAN GANGGUAN JIN...

Bagi sebahagian orang...kawalan rawannya melibat-
kan penggunaan jin...maka rawannya melayang ber-
sama jin pendampingnya...

Ini juga bererti...rawan itu boleh diganggu jin
seperti 'diculik'...dikurung...diperdayakan dan
sebagainya...

Dalam keadaan ini seseorang itu akan mengalami
antara beberapa situasi...

1.Seseorang itu sedar sepenuhnya tanpa sebarang
rasa gangguan jin...
tapi ia sering merasa dirinya kurang sihat...
atau mungkin rasa seperti terawang-awang...demam
dan sebagainya...

2.Ia mungkin dalam keadaan rasukan jin...atau
separuh rasukan...

3.Ia mungkin dalam separuh tidur...

4.Atau mungkin dalam keadaan koma...

5.Atau mungkin dalam keadaan seperti orang mati
cuma bezanya jasadnya tak membusuk atau rosak..

Pada keadaan gangguan yang kuat...seperti pada
2...3...4...dan 5...

1.Seseorang itu mungkin merasa berada di suatu
tempat atau alam yang asing....juga boleh nam-
pak jin....

Ia mungkin dikurung...terperangkap atau ter-
sesat...

Ini biasanya terjadi apabila seseorang itu da-
lam keadaan koma...atau seperti dah mati...

2.kadang-kadang seseorang itu tahu dan rasa be-
rada di atas katil sakitnya...tapi tak nampak
atau tak tahu keluarga yang berada disekelili-
ngnya...

Sebaliknya ia dilawati oleh orang-orang atau
makhluk yang tak dikenalinya...atau oleh ora-
ang-orang yang sudah meninggal dunia (syaitan).

3.Kadang-kadang ia kelihatan meracau atas katil
sakitnya...sedangkan pada rasanya ia sedang du-
duk berbual atau bekerja bersama rakan-rakannya.

Dan sebagainya...

CARA MENGELUARKAN RAWAN DARI JASAD...

Secara umum ia memerlukan ilmu...kawalan fikiran
dan perasaan...pernafasan...doa atau zikir men-
dalam dan sebagainya...
(...anda bertanyalah kepada orang yang arif
tentang perkara ini...saya tak tau banyak...)

RAWAN PADA PANDANGAN JIN...

Sementara para Ulama berbeza pendapat bagai-
mana hakikatnya keadaan roh manusia itu...
ada yang berpendapat tak berbentuk...tak ber-
warna...tak bertempat dan yang lain pula ber-
pendapat seperti rupa jasadnya...

...setakat kajian saya...pada pandangan jin..
rupa rawan itu seperti pada jasadnya...

Maka ini adalah rahsia...bagaimana walaupun se-
seorang itu membuat rawatan jarak jauh dan tak
pernah dikenali oleh pesakit...tapi jin yang men-
ganggunya nampak dan tahu asal sesuatu serangan
itu...kerana ia nampak rawan perawat tadi...

Tapi saya sama sekali tak bermaksud masuk campur
dalam urusan perbezaan pendapat Ulama itu...
kerana walaupun rupa rawan itu sama seperti jasad-
pada pandangan jin...tapi rawan itu hanya sebahag-
ian dari roh...

Maka kalau setakat kita nampak tangannya sahaja
kita tak boleh katakan rupa manusia macam tangan.

Malah dalam urusan ini...kedudukannya lebih rumit
lagi kerana ia mengenai benda-benda ghoib...

Bagaimana hakikatnya keadaan roh itu...kita serah-
kan ia pada pengetahuan Allah....

Wallohu a'lam

48 ulasan:

  1. Assalamualaikum Yuan Junied,

    Alhamdulillah, sy semakin memahami perkara ini.
    Sy amat bersyukur kepada Allah dan berasa lega kerana tidak terdapat ciri2 penggunaan jin seperti yg dinyatakan oleh Tuan dalam kes saya ni. Bercakap tentang rawan, sy baru mengalami sedikit pengalaman baru dimana pada pukul 2 pagi beberapa hari lepas, seekor makhluk menyerupai nenek kebayan cuba memasuki kawasan rumah sy. Ketika itu sy berasa tidak sedap hati lalu sy mulai hanyut dalam scan...ketika hanyut, sy berdepan secara langsung dengan makhluk tersebut...
    ketika itu sy teringat Tuan Junied ada menuliskan dalam blog tentang jurus tenaga dalam...lalu sy menggunakannya...niat untuk menyerang jin dan pengikut2nya dengan izin Allah...lalu sy putuskan scan sebaik selepas jurus. Alhamdulillah tiada lagi percubaan memasuki kawasan rumah sy ketika itu. Esok paginya sy jurus lagi walaupun tiada gangguan...hehe...niat nak wat cleaning without trace...

    Sy teringat ketika bulan Ramadhan lepas,
    sy ada berjumpa seorang Anak murid Ustaz Harun Din yg juga kenalan sy...beliau memberitahu sy supaya lebih berhati2 kerana ramai org ingin 'titik' sy. Tp sy x tahula kerana sy tidak bermusuh dgn sesape setakat ni...

    Wallahu a'lam

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam Saudara Zafir...

    Memang bagitu adatnya dunia...kalau kita tak
    bermusuh dengan manusia pun...biasalah tu...
    kalau syaitan menghasut sesiapa supaya benci
    dengan kita...walau tak ada sebarang alasan
    sekalipun...kerana syaitan itu musuh semula-
    jadi dengan manusia...

    Sebenarnya Tuhan melengkapkan diri manusia
    dengan senjata-senjata hebat...tinggal manus-
    ia itu saja yang perlu mencungkilnya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. panjang lebar sekali ;-) jika tuan junied berkelapangan, bleh tulis pasal diri sebenar diri untuk kwn2 semua

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas cadangannya...
    cuma setakat ini saya belum terfikir untuk
    memperkenalkan diri...
    cukuplah sekadar menulis tentang sesuatu
    yang saya harap dapat memberi pengetahuan
    dan manafaat untuk orang lain...maaf ya...

    BalasPadam
  5. Assalammualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

    Alhamdulillah..
    sy ingin bertanya tentang suatu pengalaman sendiri...

    ada suatu ketika, sy berada dalam situasi tertentu (apa saja situasi di alam sedar dan nyata dalam kehidupan seharian), tiba2 sy tersentak dan merasa bahawa situasi yang sama pernah berlaku dalam hidup sy pada masa lalu. dan sy sedang melalui situasi yang sama tersebut. walaubagaimanapun, sy tidak pasti situasi yang sy alami itu berlaku dalam mimpi atau khayalan semata2..yang penting hati sy akan berkata' sy pernah melalui situasi ini dulu'...apa pendapat saudara?

    terima kasih..

    BalasPadam
  6. Wa alaikum salam wbkth Imdad...

    Mungkin sekadar gerak hati...tapi...
    maaf Imdad ya...kalau ada masa dan
    kemampuan...saya harap Imdad minta
    'scan' angin bisa juga ya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  7. Assalammualaikum..WBT...

    Alhamdulillah...

    InsyaAllah saudara...terima kasih atas keprihatinan..semoga Allah merahmati saudara sekeluarga...amiin.

    BalasPadam
  8. takot ar.......sy dh byk kali kena la.......pernah sekali saya rasa roh sy keluar separuh dn nmpak jasad sy.sy bimbang sangat masa tu.byk kali sudah

    BalasPadam
  9. Salam Are-lal...

    Lebih tepat ia adalah rawan...iaitu
    sebahagian daripada roh...

    Saya pernah kena sekali...dan terbang
    ke alam yang gelap gelita...cuma yang
    saya sangat pasti...saya kena dari se-
    bab gangguan jin...

    Ada juga seorang rakan yang sering ke-
    luar dan melihat tubuhnya ditinggal-
    kan kemudian ia melayang keluar rumah
    dan pada kesnya...saya masih tak pasti
    samada kebolehan pemberian Tuhan atau
    semata-mata atau dari sebab gangguan
    jin...saya masih cuba mencari jawapan-
    nya...

    Apa pun...kalau kita ada amalan pendi-
    nding maka kita keluar itu Insya Allah
    dalam keadaan lebih selamat daripada
    gangguan atau serangan jin lain...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum..

    Disini hamba kongsikan peristiwa yang selalu menjadi tanda tanya hamba:

    Pernah satu ketika hamba separuh tidur hamba mendapati rawan keluar dari jasad hamba..ketika itu hamba ketakutan apabila hamba terasa rawan hamba melayang naik dari jasad hamba hingga ke paras frame gambar yang hamba gantong di dinding. Ketika itu hamba tidak tahu tentang roh, jasad dan rawan. Dengan keadaan panik hamba kuatkan semangat dan beristigafar menurunkan rawan hamba balik ke jasad hamba seperti biasa.. Setelah sedar hamba pun mendapatkan orang tua hamba..

    Alhamdulillah sekarang barulah hamba faham mengenai Roh, Rawan dan Jasad..

    wallahuaklam..

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum Uncle Junied, macam mana pula kiranya kalau rawan kita tu 'diculik' oleh jin? Saya sedar yang saya punya kelebihan untuk mengawal keadaan rawan saya semasa sedar beberapa tahun kebelakangan. Dalam masa saya menulis ni, saya dalam keadaan nampak rawan saya dikurung dalam sebuah bilik dan dijaga oleh beberapa 'orang' tapi agak pelik sedikit rupa diorang. Sebabnya, saya mula beramal dengan bacaan Manzil dan air Manzil sejak beberapa hari lepas.

    Selain rasa semut2 satu badan (gerak2 semut dia), saya terasa tengkuk sebelah kiri saya seperti dihiris uratnya tiap kali masuk waktu maghrib. Lepas minum air manzil pula,perut terasa bergelodak dan semacam bahang dari dalam. Memula rasa macam ada benda bergerak macam ada baby pulak, lepastu terus buang angin berterusan tapi bukan buang angin yang macam tu. Rasa macam ada benda mengalir keluar tapi dalam bentuk angin. Then, dalam perut meletup2. Kepala rasa padat melayang dan mata saya tetiba jadi kejap terang, terlebih terang, then macam kelip laju2 pulak lepastu. Tambah lagi kejap denyut2 belah kanan, kejap belah kiri. Lepas baca manzil dengan minum air, mata jadi bahang dan berair kemudian gatal macam berpasir.

    Tadi ada kupu2 kecil hinggap atas kaki. Lepas halau datang lagi. Lepastu saya rasa seram. Saya ambil air manzil dan spray pada kupu2 tu kemudian terus mati.

    BalasPadam
  12. Dalam lutut sebelah kanan saya yang belah dalam,tadi masa kupu2 tu dah mati dan saya dah buang, tetiba berdenyut2 macam jantung dan berombak2. Lepas saya minum lagi air manzil dan berulang kali baca ayat kursi, bahagian tu mengembang (menggelembung) macam belon beberapa saat kemudian flat semula. Masa menggelembung tadi, sampai terangkat sebelah laptop saya sebab saya letak laptop atas kaki. Adakah tu tandanya angin bisa tu keluar? Atau ada jin yang meletup?

    BalasPadam
  13. Saya tambah lagi sikit, badan terasa seram sejuk dan menggigil masa lutut bendenyut dan berombak tadi.

    BalasPadam
  14. Wa alaikum salam wbkth miszbelle...

    1.Apa yang misz nampak itu boleh diguna
    sebagai maklumat perubatan...

    ...jadi cara biasanya cari perawat
    lepaskan...atau terus saja beramal
    manzil...Insya Allah...amalan itu akan
    memberi kesan kepada setiap rawan...

    Dan kalau mampu...misz amal juga Ayat
    15 ya...ia antara amalan khusus untuk
    pagar diri juga roh dari gangguan jin.

    2.Semut-semut menunjukkan gangguan cuba
    menguasai seluruh badan...

    3.Dalam perut ada penempatan padat...dan
    Insya Allah semua itu tindakbalas positif
    dan teruskan...

    Angin itu samada angin bisa tapi uncle
    lebih berpendapat yang keluar itu adalah
    jin...

    ...dalam kepala juga ada angin bisa...juga
    pada mata yang mungkin menyebabkan misz blh
    nampak benda-benda diluar pandangan mata...
    dan ianya tindakbalas positif...

    4.Kupu-kupu itu lebih nampak sebagai gangg-
    uan...dan begitu juga tindakbalas pada lutut
    yang ada penempatan juga bendanya (jin)...

    Mungkin ada angin bisa atau bendanya yang
    meletup...tapi biasanya ia perlu rawatan
    berterusan...

    5.Badan rasa sejuk kerana ada angin bisa...
    dan mungkin benda itu menyebarkan angin
    bisanya pada peringkat awal...dari
    lutut...

    Secara keseluruhannya...Alhamdulillah...
    uncle tumpan bersyukur...
    amalan misz itu dengan izin Tuhan memberi
    berbagai tindakblas positif...iaitu juga
    sebagai antara tanda proses rawatan...

    Untuk kesembuhan...biasanya tidak ada
    tempoh tertentu...maka sebaliknya jadikan
    ia amalan harian...kerana terutamanya...
    besar pahalanya...juga berkat...Insya
    Allah...

    Kalau boleh...misz guna juga Air Manzil
    untuk mandi...serta tambah dengan amalan
    3 Qul pernafasan serta mana-mana yang
    termampu...dan yang penting juga...renjis
    4 penjuru bilik dengan air Manzil...

    Pantang juga sementara makan telur ayam
    atau makanan yang bercampur dengannya...
    daging binatang 4 kaki juga pisang...
    kecuali apabila misz memakannya tidak
    terasa sebarang pertambahan gangguan maka
    bolehlah makan seperti biasa...

    Insya Allah misz ya...

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum Uncle,

    terima kasih atas ulasannya dan boleh saya tau ayat 15 tu yang mana satu ye uncle? Sekarang ni saya amalkan ayat kursi pernafasan dan insyaAllah saya amalkan juga 3 qul pernafasan tu nanti.

    Alhamdulillah, lepas saya jumpa blog uncle ni, saya mula pantang dengan 3 jenis makanan yang uncle sebutkan. Baru saya perasan, 2 hari lepas saya termakan makanan yang bercampur telur dan kemudian satu badan saya naik gatal2. Lepas saya nerhenti makan baru keadaan kulit saya beransur pulih.

    Semalam lepas angin pada lutut tu meletup, memula okay macam biasa. Selang 10 minit kemudian, macam ada ribuan semut cuba untuk naik ke paha dari kawasan tu. Saya tolak dengan ayat kursi hingga ke hujung jari kaki dan alhamdulillah lepas cubaan ke-4 semut2 tu hilang macam tu saja.

    Lepas baca manzil semalam, saya terasa ditikam dengan buluh runcing di rusuk kanan sebelah belakang. Alhamdulillah dengan bantuan air manzil yang saya sapu dan ayat kursi, saya dapat cabut ia keluar.

    Malam semasa tidur saya bermimpi didatangi seorang kanak2 perempuan. Pertama kali dalam mimpi saya betul2 marah dan belasah kanak2 tu, kemudian dia berubah jadi makhluk pelik. Saya perisaikan diri saya dengan ayat2 manzil dan doa serta zikir. Dia tak dapat dekati saya tapi kemudian saya tersedar. Saya nampak bilik saya, tapi badan saya kaku. Saya dengar suara kanak2 tadi meringkik kuat dalam telinga kanan saya dan lepas habis suara kanak2 tu, seorang perempuan tua datang seperti ingin memarahi saya dan kemudian dia pun tiba2 meringkik juga. Saya bermimpi saya nampak satu kawasan perkampungan terbakar. Ada bukit, bukit tu pun turut terbakar sama.

    Sebenarnya untuk pengetahuan Uncle, saya ada jin pendamping yang mengaku jatuh cinta dengan saya sejak umur saya 15 tahun. Masa tu saya berjumpa dia di dalam mimpi dalam sebuah perkampungan jauh di dalam hutan. 2 tahun selepas tu, dia datang semula pada saya tapi kali ni dalam keadaan saya sedar (lebih tepat, berjumpa rawan saya) dan masa tu saya masih kabur dengan apa yang berlaku. Dia menzahirkan rasa cintanya dengan mencium saya. Alhamdulillah tak lebih dari tu. Masa tu saya ingat bayangan semata. Tapi lepas orang sekeliling mula mengadu rasa tak sedap hati dengan saya dan terasa macam diekori selain rakan selalu nampak bayangan hitam belakang saya, saya mula sangsi.

    Ini pun, dia bagi amaran sinis pada saya yang walau ikhtiar dengan cara saya, dia pun akan ikhtiar dengan cara dia. Tapi saya yakin, diri saya dengan bantuan Allah lebih kuat.

    Pernah saya terasa pening teramat antara asar dan maghrib, saya tau datangnya dari dia. Lepas saya berwudhuk, saya baca ma'thurat dan surah al-jin. Sepanjang saya baca al-jin tu, dia muncul depan rawan saya dalam keadaan amat bengis dan dari matanya mengalir air mata darah. Dia marahkan saya kenapa baca surah tu dan beritau yang dia takkan tinggalkan saya sampai dia mati. Saya habiskan baca surah tu, sekali dengan maknanya. Kemudian, saya duduk di atas katil dan dia ikut saya seperti inginkan penjelasan. Saya dan dia berkomunikasi dengan menggunakan hati. Masa tu, dia tunjukkan rupa sebenarnya, basic shape jin. Dagu panjang, tangan panjang, warna kelabu asap. Kemudian dia tunjukkan pada saya macam mana dia boleh jadi shape-shifter. Dia juga bagitau, bergantung kepada siapa yang melihatnya, kalau orang biasa nampak dia, orang akan nampak lelaki hensem ikut saya, tapi kalau macam ustaz/ustazah atau orang yang tinggi ilmu, mereka akan dapat lihat tembus ke rupa asalnya. Patutlah saya selalu perasan tiap kali saya ke majlis ilmu, saya pasti akan jadi sasaran perhatian salah seorang atau beberapa ustaz atau ustazah. Mereka tak dekati saya pun, tapi cara diorang tenung tu lain macam sampai saya terasa saya ada buat salah.

    BalasPadam
  16. Wa alaikum salam wbkth...sama-sama
    misz...

    Ayat 15 ini adalah gabungan beberapa
    ayat dari beberapa suroh...cuma
    untuk sementara...misz amal saja apa
    yang ada ya...

    Amal ayat 1 hingga 9 yasin pagi petang
    juga kalau boleh sebelum tidur...sambil
    baca pada tapak tangan...kemudian sapu
    muka hingga ke hujung jari kaki...niat-
    kan mudah-mudahan jin itu tidak dapat
    melihat misz lagi...dan ia kan sesat
    jauh dan semakin jauh...

    Ayat 9 tu baca 7 kali...masa sapu badan
    tu...tahan nafas dan baca Fatihah dan
    ayat Kursi sekali-sekali ( satu set )
    dalam hati...

    Cakap juga pada jin jantan itu...misz
    tidak mahu menerimanya juga mahu ia
    pergi dan tidak datang lagi...

    Untuk sementara tu...kalau ada apa per-
    kara lanjutannya...harap misz sudilah
    beritahu uncle ya...dan jangan lupa
    pagarkan bilik tidur...kerana seperti
    ada juga jin lain yang datang di waktu
    malam...

    Insya Allah misz ya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  17. Secara umumnya...apabila seseorang itu di-
    datangi atau jin datang dampingi...maka
    sebaiknya ia ambil perhatian juga dengan
    kemungkinan ia ada saka asal...

    Ia juga bermaksud...ia perlu ada amalan
    sepanjang hayat...dan bukan untuk tempoh
    tertentu sahaja...

    Ayat atau suroh yang paling dibenci
    oleh jin...atau yang paling anda tak suka
    ( tanpa sebab munasabah )atau paling
    ' menyakitkan '...atau paling kuat menimbul-
    kan tindakbalas...atau paling berat nak buat...maka ia biasanya berkesan atau
    sesuai sebagai amalan rawatan juga
    pendinding...

    ...tapi yang lebih berkesan lagi pula...
    iaitu sesuatu yang diamal secara
    berterusan...

    Sebaik-baiknya...biar apa pun ujian...
    mudah-mudahan ia menjadikan hati kita
    lebih dekat dan merasa bergantung pada
    Tuhan dalam beramal dan berusaha...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  18. Alhamdulillah uncle, untuk hari ni keadaan saya lagi elok dari beberapa hari kebelakangan ni. Cuma, masih lagi ada sisa2 angin dalam badan yang masih berterusan keluar. Selain tu, rasa semut2 juga sudah berkurangan. Rasa tu cuma lebih tertumpu di bahagian buku lali ke bawah dua2 belah kaki, tapi berganti2. Sakit di perut pula terasa seperti pedih2, tapi makin berkurangan.

    Tadi semasa saya di dalam kelas, terasa cubaan menikam seperti semalam di tempat yang sama. Cuma kali ni, ia seperti terlanggar satu lapisan di luar permukaan kulit dan tak dapat tembus ke bawah. Dua kali seingat saya. Atas kepala saya terasa macam serangga yang punya kaki mencengkam berjalan2 satu kepala.

    Alhamdulillah, mimpi seram2 yang saya selalu alami beberapa tahun kebelakangan ini semakin pudar. Kalau ye pun, bila bangun pagi, saya akan lupa mimpi apa. Dan dengan amalan saya, Alhamdulillah dengan izin Allah rawan saya dah lepas dah semalam.

    Jin jantan tu pula merayu kepada saya supaya menerimanya semula dan berdiri di depan pintu/ jendela bilik saya sepanjang malam tetapi tidak boleh masuk. Dia cuba untuk alihkan perhatian saya dengan mengajak saya bercakap dengannya. Sebelum ni, saya seorang yang kuat berangan dan saya akui saya selalu melayan suara2 yang saya dengar. Saya tau suara2 tu datang dari dalam kepala dan telinga saya sendiri, tapi sebab masa tu saya rasa tak pe melayan, saya layan. Untuk tahan diri saya dari godaan bercakap dengannya, saya terpaksa gigit lidah saya sendiri sambil teruskan berzikir sampai ia senyap.

    Rumah saya di kampung selalu kedengaran bunyi2 pelik lewat malam seperti orang bertukang, alihkan perabot, guli jatuh atas siling, semua bunyi datang dari tingkat atas rumah. Kami tinggal di apartment. Ayah beli rumah tu setelah 10 tahun kosong berikutan masalah pemprosesan rumah pembeli2 sebelumnya. Selain gangguan di atas, bunyi orang berdengkur (ke lembu mendengus?) pun pernah dengar,bau bangkai luar pintu rumah,bunyi ketukan halus luar tingkap waktu malam, tu semua antara gangguan yang kami hadapi. Bilik yang paling tak selesa duduk dalam rumah tu adalah bilik saya sebab selalunya gangguan tu lagi jelas dengar dalam tu. Alhamdulillah, sejak ibu dan ayah saya pun terlibat aktif dalam rukyah dan manzil, gangguan tu masih ada tapi makin berkurangan termasuk dalam bilik saya pun. Beberapa minggu lepas, waktu saya balik cuti, saya stay up malam dan perasan semacam ada serangga besar terbang melintas2 lampu bilik. Esok pagi, saya bagitau ayah dan dia spray satu rumah dengan air manzil. Akhirnya, masa spray balkoni belakang, makhluk tu keluar dari belakang kipas air-cond dan hilang. Burung hitam, besar, dalam bentuk asap.

    Uncle, boleh saya hubungi uncle melalui e-mel? Ada sesuatu yang ingin saya kongsikan tapi bukan di sini.

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum uncle,

    Hari ni saya rasa sesuatu yang pelik jadi pada dua2 belah kaki saya dari lutut ke bawah. Dari awal pagi lagi sampai sekarang, tapak kaki sesemut, ada rasa semut bergerak2 naik turun kaki dan paling saya risau, ada pergerakan sekitar lutut kiri saya keseluruhannya macam ada beberapa ekor ulat2 kecil bergerak dalam tu. Pun dari pagi tadi sampai sekarang. Yang lutut kiri, sejak dari hari yang menggelembung tu, dah kurang, cuma ada semut2 je sikit.

    Petang tadi, bahagian belakang badan saya belah bawah rasa macam disebat sesuatu, bisa sangat. Sampaikan saya kena tegakkan badan untuk hilangkan rasa sakit tu. Tapi sekejap je sebelum datang semula pun sampai sekarang. Bahagian siku kiri saya hari ni tetiba mula ada pergerakan ulat2 kecil macam yang dekat lutut dan hujung jari kelingking saya terasa macam dicucuk jarum. Saya cuma banyakkan zikir dan doa sebab tengah 'cuti'.

    BalasPadam
  20. Wa alaikum salam wbkth misz...

    Semut-semut dan ulat-ulat itu adalah
    jin yang agak kesempitan ruang...
    kerana itu kita boleh rasa pergerakan-
    nya..

    Ia biasanya bukan baru masuk tapi ada
    sedia di dalam...cuma penempatannya
    sudah banyak yang musnah...dan 'mereka'
    nampaknya dalam keadaan 'huru hara'....

    Semuanya itu tindakbalas positif sebagai
    tanda rawatan yang memberi kesan...

    Rasa bisa atau sakit disebat itu tandanya
    ada angin bisa yang agak padat dalam
    badan...dan dicucuk jarum...tandanya laluan
    yang sangat sempit bagi jin...biasanya itu
    tanda ia tak muat nak masuk...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  21. ...maaf ya...uncle belum sedia nak
    paparkan alamat email secara ter-
    buka...kalau tidak keberatan...
    mungkin misz boleh beri alamat
    emailnya disini...

    Maaf misz ya...agak lama uncle tak
    dapat buka intnt ni...'siarannya'
    agak lemah...kerana itu lambat
    dapat balas ulasannya ni...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  22. Tentang lapisan tu...ia mungkin perisai
    yang terbentuk dari sebab berkat amalan-
    amalan ayat Qur'an...dan pada makhluk
    itu...terus terang saja menolak dan jangan
    pedulikan ya...

    Dan kalau balik rumah...misz pagar air
    manzil sekurang-kurangnya dalam bilik
    tidur...dan juga ruang lain kalau mampu
    ya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  23. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  24. Wa aalaikum salam wbkth LiyaaS...

    Kalau benar tidak ada sebab atau puncanya yang
    dapat dikesan...maka biasanya ia adalah jin.

    Sebaiknya LiyaaS pagarkan bilik...berwuduk dan
    baca fatihah...Ayat Kursi dan 3 Qul ketika akan
    tidur kerana kehadiran benda ini dalam bilik biasanya
    akan menyebabkan gangguan ketika kita sedang
    tidur...

    Wallohu a'lam.

    BalasPadam
  25. salam...pada hari rabu lepas apabila saya tidur saya merasakan diri ini telah ditarik keluar dari tubuh dan saya juga melihat tubuh saya masih lagi tidur...terdapat satu entiti besar menunggu di pintu yg saya merasakan aura hebat ttp saya tidak dapat melihat dengan jelas kerana telah terjaga n rasa berdebar yg amat...adakah ini sekadar mainan tidur?sy ingin minta pendapat...terima kasih...

    BalasPadam
  26. Wa alaikum salam wbkth anis...

    Ia ia lebih kepada gangguan jin pada rawan
    semasa tidur...

    anis ketika melihat tubuh sendiri...boleh
    jadi anis berbentuk rawan ketika itu...

    Kalau mimpi itu berulang...sebaiknya
    anis minta 'scan' juga rawatan jika
    perlu...kerana mungkin ada jin sedang
    'berminat' pada anis...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  27. Salam..mcm mana utk 'scan'? Saya juga mengalami mmpi apabila tubuh terasa ditarik daripada tdur (nmpak bdn) dan di bawah trbang kluar melalui tgkap rumah mlm td. Setelah sy beristigfar, baca ayat kursi dan azan (separuh sedar), baru brjaya melepaskan diri dan kmbali sedar. Kmudian sy trtidur balik, tapi pkara trsebut brulang kmbali dimana sy sendiri trnampk ada makhluk hodoh sedang bercangkung tepi tilam dan cuba menjerut saya. Lpas sy azankan bru dia hilang. Kjadian rawan keluar dan sy dpt merasakannya, sdh brlaku beberapa kli sblm ni, tapi kes sy trnmpak mkhluk itu adalah prtama kli.. Jadi sy ingin meminta prtolongan. Terima kasih

    BalasPadam
  28. Wa alaikum salam wbkth saudari...

    Amal Ayat Kursi serta 3 Qul pernafasan...

    Dan kalau saudari nak minta buat air doa jarak
    jauh sediakan air dalam botol atau bekas apa
    saja...baca Bismillah sekali...salawat 3 kali...
    tiup air itu sambil niat nak minta buat peng-
    isian..

    Jam 10 setengah malam ini guna minum...dan
    renjis 4 penjuru bilik...Insha Allah...

    Setakat ini hanya itu yang dapat saya ikhtiarkan
    .
    Maaf..masa saya agak terhad ketika ini...namun sila=
    lah ya kalau ada perkara atau perkembangan baru
    nanti...

    Kalau sempat..air itu sediakan sebelum jam tujuh malam ini...

    Insha Allah ya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  29. Salam. Saya nak kongsi pengalaman saya. Dah banyak kali saya merasa pengalaman ni. Kerap kali juga ketika tidur saya dapati yg seperti roh saya keluar dan seperti melayang2 di kawasan sekeliling saya. Yg terkini baru pg semalan. Saya terbangun pkul 4 pg lantas solat sunat tahajud . Kemudian sy sambung tidur semula. Kemudian saya seolah bermimpi yg ada satu tgn yg sgt kuat pegang tgn sy dan tidak melepaskan saya. Kemudian tgn tersebut cuba menutup hidung sy. Sy tidak pasti samada sy bermimpi sebab keadaan nya mcm separuh sedar. Kemudian sy bgun ingin berjalan amik wuduk utk solat subuh sebab wktu kejadian tu sy mcm separuh sedar tdgar bacaan solat di masjid berdekatan. Semasa bjln ingin pg amik wuduk. Suupppp... sy tersedar dr tidur. Berpeluh dada saya. Seolah2 mimpi. Sekadar berkongsi. Wallhualam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth wan...

      Alhamdulillah...pengalaman yang menarik....ada seorang rakan saya yang
      mempunyai kebolehan sedemikan cuma pada tahun-tahun kebelakangan
      ini ia semakin hilang...

      Terima kasih wan ya atas perkongsiannya...

      Wallohu a'lam

      Padam
  30. Assalamualaikum tuan. Jika tk mengganggu, sy ingin bertanya ttg beberapa perkara yg sgt sy keliru trjadi pada diri ni. Mohon bantuan ustaz pls.

    BalasPadam
  31. Assalamualaikum, saya nak bertanya. Apakah perbezaan antara Roh ghaib dan Jin?

    BalasPadam
  32. Wa alaikum salam wbkth...

    Pada satu segi...roh merupakan nyawa bagi setiap kehidupan jin dan manusia...
    sedangkan jin adalah makhluk Allah seperti manusia juga...hanya kebanyakan
    unsur kejadiannya adalah unsur api...maka pada keadaan biasa ia tidak kelihatan
    oleh pandangan mata kasar manusia.

    Makhluk halus...hantu...penunggu...khadam dan sebagainya yang kita sebut
    adalah makhluk berbangsa jin...dan malah roh-roh manusia yang datang di
    panggil...atau mendampingi seseorang manusia..atau yang menghantui
    tempat-tempat tertentu...juga yang di sebut Qorin manusia adalah jin.
    dan menipu helah.

    Ringkasnya roh itu adalah nyawa kepada manusia dan jin...sedangkan jin
    itu makhluk Allah sebagaimana manusia juga yang diciptakan untuk ber-
    bakti dan menyembah Allah semata-mata.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  33. As salam tuan,
    Terima kasih di atas penerangan tuan. Saya ada sedikit muskil. Ada sesetengah org yang mengatakan mendapat ilmu dari roh ghaib tetapi bukan jin. Semua ayat yang digunakan adalah ayat al-quran dan roh ghaib / ilmu yang dikatakan itu juga menyuruh ke arah kebaikan dan menyuruh melakukan segala suruhan Allah swt. Adakah roh ghaib ini yg dimaksudkan qorin / jin islam? Tetapi dia menafikan yg itu adalah jin. Harap tuan boleh terangkan.

    BalasPadam
  34. Wa alaikum salam wbkth ridz..

    Semuanya itu adalah jin dan adalah tipudaya jin semata-mata...

    Mencampur adukkan antara kebenaran dan kebatilan...antara kebenaran dan
    kesesatan adalah tipudaya biasa jin munafik atau jin kafir yang ada ilmu
    agama...sebagai satu cara mengabui mata manusia yang didampinginya
    juga manusia lainnya.

    Ada jin yang boleh baca Qur'an...cuma ada ayat atau surah tertentu yang
    jin tak dapat baca contohnya ayat akhir ayat Kursi..tapi ada yang menipudaya
    dengan membacanya dengan tak betul sebutan atau tajwid yang mana
    maksud ayat itu akan lari atau tak ada erti...maka kerana itu jin tersebut
    dapat membacanya.

    Jin Islam baik tak akan mendampingi manusia kerana dampingan tersebut
    akan membuat manusia berharap atau meminta padanya yang menjatuhkan
    ia pada syirik...maka semua jin pendamping manusia adalah jin kafir atau
    jin munafik semata-mata dan tak ada makhluk selainnya.

    Maka roh ghoib itu adalah jin semata-mata...iaitu jin-jin sihir atau jin ilmu.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  35. salam,

    saya baca banyak reply reply diatas.

    saya ada kemusykilan. sebahagiannya mungkin dh terjawab iaitu kerana saya mengamalkan ayat yasin 9 selain ayat ayat lain

    Saya nk tahu.. mungkin ada penjelasan :-

    saya mengalami keadaan berikut:-

    a) mimpi dejavo orang panggil - saya akan dapat mimpi tentang sesuatu yang akan berlaku atau ilham;

    b) sejak 3 tahun kebelakangan ini- ia lagi jelas.. saya boleh bermimpi , ada lelaki berpakaian serba putih datang... berkomunikasi dengan penjaga yang mengikuti saya...

    c) kebetulan skrg salah seorang ahli keluarga terkena buatan orang .. dan saya boleh mendapat ilham bagaimana berlaku, berlawan dengan orang tersebut...

    dan ianya bukan baru... sejak kecil

    ia agak menakutkan , apabila seorang teman bertanya adakah hijab saya terbuka. sebab setahu saya kalau hijab terbuka saya akan nampak terus. Adakah begitu?
    sekarang yang saya alami adalah ilham dalam mimpi, dan mimpi nyata yang mana saya boleh berkomunikasi dan kontrol .

    Mungkin tuan tahu apakah ianya sekadar situasi rawan yang keluar sepertimana yang dinyatakan >

    Terima kasih



    BalasPadam
  36. Wa alaikum salam wbkth Nor...

    1. Saya berpendapat boleh jadi seseorang itu dapat merasai tentang apa yang akan
    berlaku samada dalam keadaan sedar atau dalam mimpi...kerana pada hakikatnya
    apa juga kejadian sebelum berlaku kejadian sebenarnya..sudah ada bayangnnya
    dan bayangannya itulah yang dapat kita 'tangkap' mengikut kadar sebab musabab
    juga izin Tuhan...iaitu melalui kekuatan semulajadi roh kita.

    Walau bagaimanapun....kita kena hati-hati kerana secara umumnya...keadaan ini
    biasanya berkaitan gangguan jin...atau mungkin ada sedikit kelebihan yang Tuhan
    beri pada kita namun yang lebih besar adalah gangguan jin yang sengaja mengambil
    kesempatan...malah jin juga dapat 'memberi ilham' atau bayangan tentang perkara
    yang berlaku ditempat lain...

    ....ini kerana jin itu dapat berpindah tempat atau melihat tempat jauh ( bukan semua
    jin ) terutamanya apabila jin itu menumpang kelebihan dan kekuatan roh kita sendiri.

    Seperkara kita ingat bahawa hanya Tuhan yang tahu tentang apa juga perkara yang
    akan berlaku...dan malaikat sendiri pun hanya akan tahu apabila Tuhan memrintah-
    kan sesuatu yang sudah tertulis dan tersimpan dalam Luh Mahfuz agar dilaksanakan.

    2. Yang datang dan juga itu adalah jin semata-mata...jangan keliru pada penampilan
    dan perawakannya

    3. Ia boleh berlaku dengan kekuatan roh kita atau dengan penglibatan gangguan
    jin pada roh kita....atau kedua-duanya sekali jalan...

    Mimpi berkontrol juga boleh jadi kerana kekuatan roh kita atau gangguan jin pada
    roh atau rawan kita.

    Hijab yang biasa kita ertikan adalah melihat jin atau alam jin...secara jelas....
    bayangan atau gerak hati atau fikiran.

    Pada pendapat saya bagi Nor sebaiknya minta scan dan rawat dulu....jauhkan
    atau asingkan jin diri dari jin atau permainan jin tersebut....barulah boleh kita
    katakan mana-mana kelebihan yang masih ada maka ia kurniaan Tuhan tapi
    mana-mana juga kelebihan dari sebab gangguan jin akan hilang dari Nor.

    Pada pendapat saya masih banyak perkara berkaitan rawan atau roh yang
    kita tidak tahu...dan rawan itu boleh keluar secara sengaja atau tidak...
    samada kita tidak sedar atau hingga tahap keluar membawa kesedaran
    seperti di alam nyata samada semasa jaga atau tidur.

    Adapun kalau kita sedang tidur...semua orang sebahagian roh atau rawannya
    keluar....dan ini adalah semulajadi...dan boleh jadi pula ketika itulah jin
    mendatangi rawan kita...atau rawan kita masuk ke alam jin...dan bagi Nor
    siapa juga yang Nor lihat dalam mimpi itu adalah jin atau rawan orang lain
    yang didampingi atau diganggu jin...atau hanya sekadar jin yang menyerupai
    orang lain tersebut.

    Sebaiknya ya....kalau mampu Nor amal Ayat manzil kerana amalan ini ke-
    berkatannya bukan saja menjadi pendinding jasad tapi juga roh atau rawan
    kita sendiri selain berjumpa perawat yang diyakini...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.

      Ia jelas dan melegakan hati saya sedikit.

      Saya sudah berjumpa dengan beberapa perawat, namun bila scan memang tiada apa-apa. 2 dari perawat menyatakan mungkin qarin shj.

      Namun, saya akan cuba mengamalkan ayat manzil seperti cadangan tuan .

      terima kasih.

      Padam
    2. Alhamdulillah...sama-sama Nor....

      Dan petuanya mudah...kalau ada sebarang tindakbalas apabila mula
      amal ayat Manzil...samada pada tubuh...fikiran atau perasaan maka
      ada ganguan berkaitan jin...nmaun ia adalah amalan yang pada
      hakikatnya untuk mndekatkan diri pada Tuhan.

      Insha Allah Nor ya...Wallohu a'lam

      Padam
  37. terima kasih tuan atas nasihat..

    namun sekarang lain pula jadinya.. bukankah ayat manzil sepatutnya menjauhkan syaitan dan jin.

    selepas dua hari mengamalkan pagi dan petang .. saya kini mimpi ada yang datang .. (macam saka ) dari sebelah ayah.. memberitahu memilih saya.. jika saya terima kene bertapa .. saya suruh dia cari cucu yang lain. tapi tak mahu katanya cucu lain pemboros.. dan katanya juga sebab saya menyerupai nenek saya 20 tahun yang lalu.

    Selain itu, mula mendapat gangguan lain.. ditekannya tangan saya , tidak benarkan bangun untuk tahajjud tgh mlm.

    bagaimana kah ini tuan..

    serasanya macam saya memang kene pergi berubat secepatnya..

    cuma ingin bertanya,... jika saya menolak , adakah saka itu akan pergi kepada adik perempuan saya.

    BalasPadam
  38. Sama-sama Nor...maka yang demikian beerti kebolehan itu lebih kepada kelebihan
    dari sebab didampingi jin...dan ingat ya...jin kalau terasa terancam atau rasa
    kurang mampu maka ia akan cuba tundukkan kita dengan tipuhelah serta perang
    psikologi.

    Sepatut perintah ia dengan nama Allah balik ke alamnya sendiri dan jangan datang
    kepada keluarga atau sesiapa manusia lain...kalau tidak mudah-mudahan Allah
    hancurkannya sehancur-hancurnya ...dan dalam mimpi itu baca Ayat Kursi 11 kali
    niat buang jin itu ke alamnya atau kalau ia cuba bertahan...mudah-mudahan
    Allah hancurkannya.

    Tidak perlu banyak cakap walau dalam mimpi...sebaliknya buat kata pemutus dan
    baca Ayat kursi terus menerus...semuanya itu tipu helah jin agar kita lalai dan
    terpedaya.

    Apa yang jin itu larang kerana jin itu dapat merasakan keberkatan amalan itu yang
    menyukarkannya maka amalan itu pula yang kita terus jaga dan pertahankan
    selain amaln atau solat wajib.

    Menolak dan niatkan ia hancur jangan cadang atau fikirkan...kalau benar ada tanda
    keluarga lain juga didatangi maka minta rawat dan jaga amalan-amalan pendinding
    secara khusus...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  39. assalam. tuan. bagaimana cara mengawal rawan dari keluar semasa tidur. sy mengalami masalah rawan 'kuat berjalan' dan bangun pagi terasa letih sangat.

    BalasPadam
  40. Wa alaikum salam wbkth puan...

    ...ambil perhatian ya...biasanya kalau kuat jalan tu...ada
    jin yang damping dan ganggu bawa ...minta rawat dan amal pendinding....atau kadang-kadang ada rawan yang berada
    diluar badan...maka kena balik kebadan...kalau tiada
    gangguan...amal pendinding.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam