Rabu, 10 November 2010

ROH GENTAYANGAN...

KISAH 1

Malam itu...ketika seorang ibu siap bersuci
di tandas luar rumah...
ia merasa seperti ada seseorang berdiri di-
belakangnya...

Ketika ia berpaling...ia terkejut besar...
orang tua yang telah meninggal dunia ter-
cegat di situ...padahal jenazahnya masih
terbaring di tengah-tengah ruang tamu...

KISAH 2

Seorang rakan berjalan kaki pulang dari
menziarahi jenazah jirannya yang terletak
kira-kira seratus meter jauh dari rumah
nya...

Malam itu bulan purnama...ketika ia
sampai di kawasan belukar...sangat jelas
si mati yang berbungkus kain putih dan
setinggi pokok kayu sedang berdiri di-
tengah-tengah laluannya...

KISAH 3

Setelah kematian ibu itu semasa melahir-
kan anaknya...keluarganya tak tenteram...

Setiap malam...ada-ada saja bunyi pelik
dalam rumah...malah anaknya ternampak
ibu mereka yang sudah beberapa hari di-
kebumikan...berkeliaran dalam rumah...

Akhirnya rumah itu terpaksa di kosong-
kan disebabkan mereka tak sanggup meng-
hadapi gangguan roh ibu yang meninggal
semasa beranak itu...

Di atas ada 3 kisah jin yang menyamar
sebagai roh orang mati alias roh gen-
tayangan...mungkin anda tahu kisah
lain yang berkaitan dengan jin genta-
yangan ini...

Wallohu a'lam

4 ulasan:

  1. ada blog yg ceritanya tentang roh dan roh gentayangan serta dewa yg tak ada nas dan dalilnya....takut juga kalau boleh syirik secara tak sengaja kalau kita yakin dengan sebenar yakin dgn benda2 ni....sebab kita secara tidak sedar menolak apa yg tertulis di dalam al-quran.

    dalam surah sajdah:
    rabbana absorna wa sami'na farji'na na'mal soliha, inna muqinun...ya allah kami telah lihat dan kami telah dengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia) supaya kami boleh membuat amal soleh, sesungguhnya kami org2 yg benar....

    andai roh boleh kembali ke dunia dan boleh bantu perawat lagi utk berubat....untuk dpt pahala...ini dah kira caca merba....dah mati pun boleh dpt pahala....itu dlm blog bentengjiwa.blogspot

    dlm ayat lain: wama khalaqtul jinna wal insa illa liya'budun....dan tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kpd ku.

    dlm ayat ini Allah swt meletakkan taklif syara' kpd jin dan manusia (TIDAK KPD DEWA) untuk mengabdikan diri kpd Allah swt.

    boleh diterima jika panggilan dewa itu merujuk kpd jin yg tinggal di langit atau awan dsb...tetapi mengatakan dewa bukan golongan jin...adalah salah yg amat. ini pula dalam blog darulsaka.blogspot dan blog bentengjiwa.blogspot


    kesian mereka.....telah ditipu oleh kelicikan syaitan....

    BalasPadam
  2. Ada agama (bukan Islam) yang menyembah roh
    orang mati...
    dan ada yang turut memberi makan...serta
    memohon kepada mereka agar tak mengganggu
    orang-orang yang masih hidup...

    Ada juga aliran ilmu kebatinan yang di-
    dakwa tak bertentangan dengan Islam...
    dan di amalkan oleh segelintir orang
    Islam...juga mengamalkannya dengan
    tujuan seperti di atas.

    Maka roh gentayangan...mengganggu serta
    merasuk manusia hidup...adalah dari ajar-
    an agama lain...juga ajaran kebatinan
    sihir...atau tipu daya syaitan...

    Seseorang yang dikatakan dirasuk oleh roh
    arwah datuk menegenakan saya satu syarat
    dan apabila saya tak endahkan...
    yang saya dapati adalah serangan jin...

    Itu kita sedia maklum...kerana yang jadi
    'roh orang' mati itu adalah jin...

    Tentang dewa...
    Setakat yang kita faham sekarang...keuju-
    dan dewa itu bukan dari sebarang keterang-
    an yang jelas samada dari Qur'an atau Hadis
    tapi dari keterangan agama lain juga ahli
    kebatinan...

    Terima kasih atas perkongsian ilmu saudara
    mohd...

    wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. Sayangnya masih ada orang Islam yang masih percaya roh gentayangan itu adalah roh orang yang matinya tidak diterima bumi atau mati belum kerana waktunya. Sangat sedikit orang Islam yang saya jumpa setakat ini seperti saudara berdua yang tau dewa itu jin dan roh gentayangan itu juga jin.

    Dan yang paling sedihnya ada ahli keluarga sendiri yang masih belum dapat disedarkan tentang 'roh balik rumah' itu sebenarnya jin menyamar atau qarin/qorin si mati.

    BalasPadam
  4. Baru-baru ini..salah seorang saudara di datangi
    oleh seorang ibu yang sudah belasan tahun
    meninggal dunia akibat kemalangan jalan-
    raya di depan rumahnya...
    ( mungkin dalam keadaan antara tidur dan jaga ).

    'Ibu' itu berkata..." saya ni ba yang mau masuk
    badan kau..." Esoknya ada dua benda bulat
    sebesar penumbuk dalam rusuk dan dalam
    belakangnya...

    Oleh kerana benda bulat itu boleh ditarik ke-
    luar dengan rawatan gangguan jin...maka nyata
    ia adalah jin yang cuba tinggal dalam badan.

    Dalam masyarakat yang dulunya bukan Islam
    dan percaya kepada roh gentayangan...ternyata
    masih ada 'sisa' jin-jin yang menggunakan taktik
    lama ini...

    Terima kasih Admin atas ulasannya...

    BalasPadam