Rabu, 10 November 2010

SIRI TANDA (4)...Batu Karang Atau Serangan Jin...?

Seorang rakan mengalami sakit seperti ada
benda tajam dalam bahagian perut kirinya...

Hospital belum mengesahkan sakitnya...tapi
dicatat...mungkin batu karang...

4 tanda ia adalah gangguan jin...

1.Bahagian tersebut tak pernah sakit atau
ada sebarang masalah sebelumnya...

...tapi apabila sakit itu datang...
ia sangat kuat...seperti ada jarum menyucuk
di dalamnya seolah-olah ia penyakit lama...
rakan itu menangis kerana sangat kesakitan.

2.Sakitnya itu datang di waktu malam...di-
mana pada siangnya ia menebang beberapa
batang bambu yang menimpa sebuah batu besar.

Tak semestinya sakit itu ada kaitan...tapi
kalau kebetulannya begitu...maka sebaiknya
anda turut ambil perhatian mengenainya.

Rumpun bambu dan batu..terutama batu besar
adalah antara tempat yang mungkin jadi
tempat kediaman jin...

Jin itu mungkin terganggu...atau mungkin
sekadar 'test power' terhadap anda.

Itu pentingnya...nak buat apa pun baca
Bismillah...supaya kerja berkat dan ber-
pahala...

...di samping kalau kita menebang sesuatu
maka ia tak akan menimpa makhluk-makhluk
Allah yang tak kelihatan oleh pandangan
mata kasar...

3.Malam itu ia bermimpi didatangi seorang
lelaki yang tak dikenalinya...

Lelaki itu merejam sebatang lembing ke-
bahagian kiri perutnya...
rakan itu terjaga serta merta dengan
kesakitan yang sangat kuat...

Mimpi itu mungkin suatu kebetulan...tapi
jenis mimpi begini harus di ambil perhatian
kerana cara sedemikian boleh digunakan jin
untuk menyerang manusia...

4.Kesakitan yang amat sangat...tapi hospital
tak dapat mengesan sebarang punca atau
masalahnya.

Rakan itu pernah belajar suatu ilmu yang ia
tak mahu beritahu secara terus terang jenis-
nya...tapi ia pernah dilanggar kereta hingga
terhumban tapi tak mengalami sebarang keced-
eraan atau kesakitan...

Ini mungkin sebabnya ia tak merasa lesu...
atau panas dan sebagainya...iaitu jin yang
menyerang tak tahu atau tak tak dapat mengg-
unakan angin berbisanya...
kerana ada 'sesuatu' dalam badan rakan tadi.

...tapi itu tak bererti ia selamat daripada
serangan jin...
Semua jin ilmu biasanya ada kelebihan masing-
masing...dan tahu mengkaji sasaran...
...termasuk anda...

Ketika menghantar sesuatu atas pesanan se-
orang anak buah...saya sempat 'cek' bendanya.

Benda tajam itu adalah suatu jenis gangguan
cuma saya tak pasti samada ia adalah jin itu
sendiri...atau senjatanya sahaja...

Seorang ustaz pernah menasihatkan saya...su-
paya hati-hati dengan serangan jarak jauh
bangsa jin...

Wallohu a'lam

2 ulasan:

  1. Assalammualaikum tuan...saya nak tanya,adakah penyakit batu kat hempedu tu penyakit yang berpunca daripada syaitan juga?

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam wbkth Aina...

    Noleh jadi sakit biasa dan boleh jadi gangguan...iaitu jin pakar juga punyakebolehan
    menimbulkan sesuatu penyakit seperti sakit biasa...namun sakit itu akan kebal dengan perubatan hospital...

    ...maka ianya boleh penyakit biasa...dan boleh jadi gangguan jin...

    Sebaik-baiknya minta 'scan' perawat...atau baca pada tapak tangan ayat Kursi
    sekali dan dekatkan pada tempat yang rasa sakit atau bermasalah kalau ada
    tindakbalas maka ia ada kaitan denhgan gangguan...atau kalau ada perubahan
    minum air doa maka ia ada gangguan...atau buat nalan 3 Qul pernafasan...
    kalau ada tindakbalas...maka ada kaitan dengan gangguan.

    Bagi seseorang yang rasa ada gangguan tapi makan ubat hospital...maka se-
    baik-baiknya minum dengan air doa...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam