Jumaat, 26 November 2010

DUNIA MISTERI...Roh Gentayangan Kerana Hutang?...

Sejak pulang daripada menziarahi jirannya yang
sakit kerana barah petang tadi...ibu itu merasa
seram...

Bau si sakit seperti mengekorinya pulang...dan
merebak di merata tempat di dalam rumahnya...

Suami dan anak-anaknya pula tak dapat menghidu
baunya...

Si ibu menyapu minyak angin pada hidung...bau
si sakit hilang...tapi hanya untuk beberapa
minit sahaja...

Sebaik saja bau minyak angin itu hilang...ia di-
ganti semula oleh bau si sakit...

Apabila si ibu membaca Fatihah 3 kali pada tapak
tangan...
kemudian menyapu muka sambil menarik nafas dalam-
dalam...barulah bau itu hilang...

Beberapa hari kemudian...jirannya itu meninggal
dunia...

Setelah jenazahnya dikebumikan...ternyata roh si-
mati datang ke rumah si ibu tadi...

Sudah seminggu lebih...si ibu tak dapat tidur...
samada siang atau pun malam...

Sebaik saja ia cuba melelapkan mata...tiba-tiba
muncul wajah si mati yang kesedihan...

Kadang-kadang si ibu ternampak jelas bayangan roh
si mati berdiri di tepi pintu biliknya...

Maka si ibu tidur di ruang tamu...kerana memikir-
kan bahawa roh itu hanya akan datang ke bilik...

Sebaliknya sebaik saja ia mula melelapkan mata...
si ibu ternampak si mati duduk mencangkung memer-
hatikan mukanya dari dekat...

Si ibu berpendapat...roh si mati tak di terima
bumi kerana ia banyak berhutang semasa hidupnya...

Ketika ia mula jatuh sakit...ia tak mampu lagi
pergi ke pasar menjual sayur...dan tak mampu lagi
membayar hutang-hutangnya secara beransur-ansur...

Arwah itu dulunya banyak berhutang untuk menyara
keluarga...membiayai pelajaran anak-anaknya ke-
sekolah...serta membaiki rumah mereka yang dah
uzur.

Suaminya masih sihat...tapi ketika itu tak pernah
'berminat' nak cari kerja dari sebab pengaruh arak.
( suaminya sudah mula berkerja sejak isterinya sakit
dan kelihatannya dah insaf...
ia juga sentiasa menemani isterinya apabila isteri-
nya itu di masukkan ke hospital )

Si ibu berpendapat...roh arwah tu datang kepadanya
kerana mereka sangat rapat semasa hidupnya...
dan roh arwah tu nak minta tolong kerana ia tertah-
an di dunia ini...tak dapat meneruskan perjalanannya
ke 'dunia sana' kerana hutangnya yang yang belum
selesai...

Si ibu kelihatan letih...kerana siangnya ia berkerja
dan malamnya pula tak dapat tidur hingga ke pagi...

Ia sentiasa ternampak roh jirannya itu berkeliaran
dalam rumahnya...

Roh gentayangan kerana banyak hutang?...pandainya
jin tu 'buat skrip' dan mengambil kesempatan dari
sebab salah faham seseorang terhadap perjalanan roh
manusia yang sudah meninggal dunia...

Tanpa memeberitahu si ibu...malam itu saya membuat
serangan jarak jauh pada 'roh' yang bergentayangan
dalam rumahnya...

Tiga hari kemudian...kebetulan saya berjumpa dengannya
dan bertanya tentang roh gentayangan tu...'roh' itu
dah tak ada lagi dalam rumahnya...alhamdulillah...

Nota

1.'Bau si sakit mengekori pulang'...boleh menunjukkan be-
berapa perkara pada anda...antaranya...

-Si sakit itu samada ia ada penyakit biasa...atau tak
ada...namun itu menunjukkan ada penglibatan gangguan jin
pada sakitnya...

-Kemungkinan besar ada antara jin yang mengganggu si
sakit 'berminat' pada anda...maka ada baiknya apabila
anda nak melawat si sakit...sebaiknya dalam keadaan ber-
wuduk dan bacalah apa-apa ayat atau Surah untuk mengelak-
kan gangguan jin...

-ada antara jin pengganggu si sakit mengikut anda pulang.

-sebaiknya si sakit mendapat dua jenis rawatan..iaitu hos-
pital juga rawatan gangguan jin...

2.'Roh si mati' itu sangat besar kemungkinannya adalah jin
yang mengganggu semasa hidupnya...kerana itu jin tersebut
dapat meniru rupa si mati dengan cukup baik..

Apabila 'rumahnya' dah mati...maka jin itu nak cari 'rumah'
baru pula...

Walaupun arwah itu ada keluarganya sendiri...tapi jin itu
tak semestinya memilih kalangan mereka terutama kalau tak
ada yang sesuai dan mudah 'di mangsakan'....maka siapa pun
boleh menjadi pilhannya...

Si ibu tadi...selain kerana rapat...sebenarnya ada sebab
lain ia menjadi pilihan...antaranya kurang menjaga solat...
kurang amalan pendinding diri...dan juga sedang mengalami
gangguan jin terutamanya saka dalam badan...maka sangat ber-
potensi untuk menjadi mangsa mudah...

Kalau jin dari si sakit tadi dapat masuk ke dalam badannya
maka sangat besar kemungkinannya si ibu itu akan mengalami
penyakit yahg sama dengan arwah tadi...

3.Tak ada roh orang mati yang tak diterima dan berkeliaran
di atas muka bumi...yang ada hanyalah jasad kasar yang tak
diterima atau tak 'disukai' bumi...

4.Roh orang baik-baik...ada taman Syurga menantinya di Alam
barzakh...roh orang yang banyak dosa dan tak di ampuni Tuhan
...ada lubang Neraka menantinya di Alam Barzakh...



***Sekadar Renungan***

...Janganlah engkau risaukan tentang
tempat engkau di alam Barzakh...

...biar bagaimana baik atau buruk pun
amal engkau...

...dataran Barzakh itu masih terlalu
luas untuk dipenuhi...

*** *** ***

Wallohu a'lam
bumi...

4 ulasan:

  1. saya berminat dengan post ini. saya pernah terdengar tentang roh orang yg meninggal dunia berkeliaran kerana tidak diterima bumi kononnya mereka membuat dosa besar ketika mereka masih hidup.

    saya tidak mempercayainya seperti saudara kerana orang yang mati rohnya akan pergi ke alam lain, bukan berkeliaran.

    saya juga pernah mengalami situasi dimana ada seekor jin yang menyerupai arwah datuk saudara saya ketika dia baru meninggal dunia

    BalasPadam
  2. Betul tu Butirstar...kadang-kadang kita
    tak merasa hairan kalau ada orang yang
    terperdaya.

    Biasanya nampak sangat...jin-jin yang
    membuat angkara ini seperti cukup cekap
    mengambil kesempatan dari segala 'kemudahan'
    yang tersedia.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. Allahu Akhbar.. ya Allah.. ampunilah kami..

    BalasPadam
  4. Amiin...Ya Allah...sesungguhnya maha luas
    rahmat dan keampunanMU...yang berkuasa
    mengampuni dosa walau sebanyak buih-
    buih di lautan...

    BalasPadam